Sesuatu yang luar biasa dan mengagumkan apabila Business Insider melaporkan kanak-kanak berusia 6 tahun berjaya menjana pendapatan jutaan ringgit hanya dengan membuat 'review' mainan di YouTube.
Ryan merupakan hos untuk saluran Ryan Toysreview di YouTube
Kanak-kanak tersebut yang dikenali sebagai Ryan, merupakan hos untuk saluran Ryan Toysreview di YouTube.
Lebih mengejutkan, Ryan berjaya meraih pendapatan sebanyak US$11 juta (RM44,918,126) setahun.
Laporan yang dikeluarkan secara rasmi oleh Forbes tersebut telah menyenaraikan bisnes yang dikendalikan oleh keluarga ini sebagai salah satu daripada 'Top 10' selebriti Youtube paling kaya di dunia.
Ryan bersama barang mainannya
Menurut laporan The Verge, ibu bapa Ryan turut mendedahkan yang mereka membuat 'review' produk yang baharu hampir setiap hari semenjak saluran itu dibuka di YouTube pada Mac 2015.
Yang menariknya, ketika itu saluran di Youtube tersebut dibuka ketika Ryan hanya berusia 4 tahun. Si kecil itu juga dikatakan gemar meminta video review barangan mainan dan ketika itulah mereka mendapat idea, mengapa tidak melakukannya di saluran Youtube mereka sendiri.
Pada mulanya, sambutan terhadap video tersebut bermula dengan agak perlahan. Namun sehinggalah Julai 2015 di mana video milik Ryan mula menjadi viral di laman sosial sehingga menaikkan rating di saluran Youtube miliknya.
Ryan raih pendapatan lebih RM44 juta setahun!
Bayangkan, video yang memaparkan Ryan membuat review 'Giant Egg Surprise' yang mengandungi lebih 100 mainan dari siri kereta Pixar itu kini telah ditonton hampir 800 juta kali di YouTube.
Kini, saluran Youtube Ryan lebih cenderung untuk membuat review produk mainan baharu dan juga makanan kanak-kanak sambil diterangkan secara bersemangat oleh si comel itu. Memang luar biasa!
Channel Ryan ToysReview itu kini mempunyai lebih 10 juta pengikut dan mampu memberi pulangan pendapatan sehingga USD1 juta setiap bulan. Aduhai, kayanya adik Ryan ini! - CARI |