CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3793|Reply: 13

Asal-Usul Nama Tempat di Malaysia Yang Masih Lagi Mengekalkan Unsur Penjajah Bri

  [Copy link]
Post time 14-12-2017 11:17 AM | Show all posts |Read mode
Edited by hanglipolopo at 14-12-2017 11:18 AM

1. PORT DICKSON



Nama yang digunakan oleh orang zaman dahulu sebelum nama Port Dickson digunakan, adalah 'Tanjung' berikutan pekannya yang terletak di sebuah tanjung yang menghala ke laut. Wujud banyak perkampungan nelayan di situ yang namanya masih kekal hingga sekarang iaitu Bagan Pinang, Si Rusa, Telok Kemang, Pasir Panjang, Lukut dan Sepang.
Sir John Frederick Dickson yang mewakili kerajaan British menukarkan Tanjong menjadi sebuah pelabuhan dengan jalan keretapi dibangunkan di antara Tanjong dan Sungai Ujong (Seremban) dibangunkan. Pada tahun 1904, jalan keretapi sepanjang 39km itu siap dan bagi merasmikan semula Tanjong, nama Tanjong diubah ke Port Dickson, sebagai menghormati jasa Sir Dickson membangunkan Tanjong.


2. GEORGETOWN



Nama Georgetown memang menjadi kontroversi sehingga sekarang, dengan ramai pihak menganggap nama tersebut perlu ditukar kepada nama yang mencerminkan nama Melayu atau Malaysia, dengan cadangan mengembalikan nama Georgetown kepada nama asalnya yang juga digelarkan 'Tanjong' kerap didengari.

Menurut sejarah, kawasan yang mula-mula sekali dibangunkan di Pulau Pinang adalah sebuah kawasan bernama Tanjong Penaga atau Tanjong Penaigre, yang kini kita gelarkan Georgetown. Francis Light yang 'dikhabarkan' adalah pengasas Pulau Pinang menamakan semula Tanjong sebagai 'Georgetown' untuk menghormati Raja George IIIyang memerintah British ketika itu.

3. BUTTERWORTH



Butterworth merupakan salah satu lagi nama tempat di Pulau Pinang yang masih mengekalkan nama penjajah. Menurut sejarah, nama lama Butterworth sebelum ditukarkan oleh pihak penjajah adalah Bagan. Ini kerana pada zaman tersebut wujudnya sebuah jeti kecil yang diperbuat daripada kayu yang digunakan oleh penduduk di situ. 'Bagan' mempunyai maksud yang sama dengan perkataan 'quay.'
Selepas Georgetown berkembang pesat, kerajaan Brisith mahu sebuah lagi bandar dibangunkan di bahagian semenjung dan Bagan dipilih untuk dimajukan. 'Bagan' terpilih dan ditukar namanya kepada Butterworth, sempena mengambil nama Mejar Jeneral William John Butterworth, gabenor negeri-negeri selat ketika Butterworth dirasmikan pembukaannya.

4. TEMPLER PARK



Templer Park dinamakan sendiri oleh Sultan Selangor, DYM Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Ala'iddin Sulaiman Shah, pada 19 Mei 1954 sempena nama Jeneral Sir Gerald Templaryang membuka kawasan tersebut. Winston Churchill melantik Gerald Templer sebagai pesuruhjaya tinggi British di Malaya bagi menghadapi ancaman pihak komunis ketika itu, berdasarkan pengalaman luas Templer dalam bidang ketenteraan.
Pada tahun 1955, Templer Park digazetkan oleh kerajaan Selangor sebagai kawasan kawalan dan pemeliharaan alam semulajadi, dengan sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi memajukan kawasan tersebut yang kemudiannya diambil alih oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar selepas tahun 1957.

5. CAMERON HIGHLANDS



William Cameron adalah seorang juruukur tanah lantikan British yang berkhidmat di Malaya. Melalui salah satu ekspedisinya pada tahun 1885 di kawasan Banjaran Titiwangsa, beliau telah melaporkan wujudnya satu dataran tinggi yang mencerun yang mempunyai ketinggian sekitar 1372 meter dari aras laut. Bagaimanapun, rekod ekspedisi Cameron kurang lengkap dengan rekodnya gagal mencatatkan kedudukan dataran itu secara tepat. Namun, atas usaha Cameron menerokai kawasan tersebut, kawasan tanah tinggi itu dinamakan sempena namanya.
Cameron menjalankan ekspedisi kedua untuk mengenal pasti lokasi sebenar dataran yang disebutkan yang bermula pada bulan Februari 1885 dan berakhir pada 1 September 1885. Bagaimanapun, masih terdapat kekeliruan dalam maklumat yang dikumpul dengan sebuah lokasi bernama Lubuk Tamang disalah anggap sebagai kawasan yang dimaksudkan Cameron, sedangkan ketinggian Lubuk Tamang hanyalah sekitar 914 meter dari aras laut.
Hanya pada tahun 1920, dalam satu ekspedisi lain barulah mereka menemui kawasan yang dikatakan oleh Cameron. Mereka berjaya melakarkan peta kawasan tanah tinggi tersebut dan dataran yang disebutkan oleh Cameron beberapa puluh tahun sebelum itu, kini menjadi lokasi Tanah Rata dan Brinchang.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-12-2017 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Taiping

Nama lama Taiping adalah Kelian Hulu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 06:44 PM | Show all posts
Maxwell Hill, Beaufort, Frasers Hill
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 06:45 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 14-12-2017 05:15 PM
Taiping

Nama lama Taiping adalah Kelian Hulu.

Taiping nama inggeris ka ? Hmmm

Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2017 06:46 PM | Show all posts
Bagus lah tak banyak
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 02:52 AM | Show all posts
Taiping nama cina kan ? Maksud dia aman kot
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2017 01:24 PM | Show all posts
Genting Highland, Kg New Zealand,
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2017 03:40 AM From the mobile phone | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 14-12-2017 06:45 PM
Taiping nama inggeris ka ? Hmmm

Tak kesah la....janji nama yang pendatang bagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2017 09:58 AM | Show all posts
ally9970 replied at 21-12-2017 01:24 PM
Genting Highland, Kg New Zealand,

Genting satu istilah melayu la

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 12:30 PM | Show all posts
pokaibanktokyo replied at 23-12-2017 09:58 AM
Genting satu istilah melayu la

Highland? = Tanah Tinggi

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 02:52 PM | Show all posts

Itu tempat dinamakan oleh Lim Goh Tong. Bukan british

Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2018 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut la parlimen pulau pinang ada nama bagan & tanjung.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Coafield, Seafield, Torkington pon ada di Selangor
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2018 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Di Sabak Bernam ada tempat nama Torkington.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.084807 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list