View: 2340|Reply: 15
|
Ketum Jadi Ubat Tahan Sakit, Rawat Ketagihan Dadah
[Copy link]
|
|
Penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) masih menjalankan kajian ke atas tumbuhan ketum atau Mitragyna speciosa, lapor Harian Metro.
Difahamkan, ketum berpotensi sebagai ubat tahan sakit serta merawat ketagihan dadah.
Malah, Profesor Dr Sharif Mahsufi Mansor selaku ketua penyelidik itu berkata, pasukannya giat membangunkan ubat baru terhadap jangkitan kulat sistemik, berkemungkinan berlaku kepada penagih dadah yang dijangkiti HIV.
Foto: Harian Metro
Ketum sudah diselidik sejak 1960-an, dan kini sebanyak 57 sebatian daripada pelbagai spesis Mitragyna dikenal pasti. Daripada jumlah itu, terdapat 37 jenis alkaloid unik bagi ketum dan alkaloid utama bagi daun ketum ialah mitraginina.
Mitraginina pada ketum bagaimanapun, tidak sama dengan morfin dan kajian terperinci perlu dilakukan bagi melengkapi maklumat berkaitan ketagihan.
Foto: Astro Awani
“Didapati ketum bukanlah opiat (narkotik), justeru, kajian klinikal diperlukan bagi mengesahkan kegunaan ketum sebagai ubat penahan sakit baru selain sebagai ubat bagi rawatan ketagihan dadah.
“Namun kajian yang kami jalankan sejak 2007 itu menemui ubat antikulat baru (CDR2) yang difailkan oleh USM pada 2016 bagi rawatan jangkitan kulat sistemik seperti aspergilosis dan permohonan itu menanti kelulusan daripada Perbadanan Harta Intelek (MyIPO),” katanya. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
ape lagi..keluarkan la produk jus ketum..kompom bleh lawan pamoga {:run |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lama lagi ketum ni kerajaan halal kan la.. |
|
|
|
|
|
|
|
penah guna daun ketum ramas2 dgn ckt air n sapu kat perut, cirit birit beransur lega. 3x buat mcm tu, trus berenti cirit n skit perut. ketum tu ubat tp dlm dos yg brpatutan. yg jd ketagih tu sbb buat jd minuman harian. |
|
|
|
|
|
|
|
org kampung banyak guna daun ketum ni utk berubat |
|
|
|
|
|
|
|
ketum ni mula2 under pesticide je kan. kene ban sbb tiru thailand. buat la kajian dlu sebelum ban.. (yg ban tu menteri yg suruh ke?).. ketum campur mende2 lain memang la pening |
|
|
|
|
|
|
|
Ketum ni org dl2 lps meracun rumput akn minum sbb detox racun yg d telah d hidu. Kdg2 lps meracun tu, lidah akan bewarna sedikit mcm colour racun tu atau pun rasa. Tp bkn hari2 minum dan x de pulak d campur dgn ubat batuk atau komponen lain. |
|
|
|
|
|
|
|
Member aku kuat minum ketum, ajak aku minum. Nasib baik dia minum utk kuat keje. |
|
|
|
|
|
|
|
ketum memang buat ubat..yang jadi mabuk ketagih bagai tu sebab dah campur macam2..
orang kampung kalau sakit perut cherry berry pon rendam daun ketum je minum |
|
|
|
|
|
|
|
penagih ada salah guna ketum |
|
|
|
|
|
|
|
Ade sorg manusia ni..mmg aku tau dia ambek ketum. Hari2. Kalau tak ambek..mcm ayam berak kapur. Tido manjang..lesu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ketum dan ganja sebenarnya herba yg terbaik dlm soal menagatasi ketagihan alkohol dan dadah . Di kebanyakkan negara maju antarranya europe dan jepun .. ganja ditafsirkah sebagai ubat mengatasi stress dan keletihan bekerja .disamping tujuan utama utk mengrlak dari mrngambil dadah jenis sintetik . |
|
|
|
|
|
|
|
penipu level rafizi kau ni
Japanese drug law is among the harshest in the world, and can be even worse if you're a foreigner.
TOKYOOn Oct 25, former actress Saya Takagi was arrested on a charge of possession of marijuana. The self-described "naturalist" took up residence on Ishigaki island five years ago. Also arrested was Takagi's male companion, Shigenari Moriyama, who had been actively promoting the use of the weed, praising its effectiveness for anti-aging.
|
|
|
|
|
|
|
|
plentyofmoney replied at 16-12-2017 04:43 PM
penipu level rafizi kau ni
mangkok .. kena ikut cara la . Pegi hospital dan dapatkan surat doktor . Tapi kalau di holland , us .. longgar sikit kott
Tapi pokoknya kena ikut undang2 . Bukan suka2 boleh seludup berkilo2 . Itu dah patut hukum tembak . dol .. |
|
|
|
|
|
|
|
nape namanya ketum
adik bradik ketumbar ke apa? |
|
|
|
|
|
|
|
ketum ni banyak khasiat dia
ubat sakit pinggang
cergaskan badan
especially org kerja kampung la
siap buat bekal la air ni
tp buat cair2
kalau pekat tu haruslah jadi benda lain plak
and takde campuran lain
kalau balik kampung belah husben
time kenduri kan merewang
kena stay up malam2 parut kelapa la pe
memang dorang distribute air ketum ni
air ketum ais plak tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|