Apabila tular saja kes-kes pukul di media sosial, ramai netizen akan meluahkan kekesalan dan sakit hati terhadap si pelaku.
Foto: ABC.net
Sakit! Ngeri! Siksa! Itulah perasaan mangsa yang dipukul. Tapi secara psikologinya perbuatan lampau seperti memukul dilakukan terhadap anak akan meninggalkan kesan jangka panjang menurut Journal of Pediatrics.
Kenapa pelaku bertindak kejam begitu? Sangup memukul isteri sendiri dengan tanpa belas. Puas sangat ke dapat menjatuhkan orang yang lebih lemah?
Foto: Hindustan Times
Melalui pemerhatian, anak yang dipukul akan cenderung memukul kembali pasangan atau anak sendiri atas tindakan refleks dialami ketika zaman kanak-kanak. Ada pepatah mengatakan, hidup ini bagai sebuah roda.
Kerana kesilapan ibu bapa, anak akan melepaskan kemarahan dan dendam kepada pasangan pula. Bahagia ke hidup rumah tangga begini? Dah tentu tidak, kan?
Malah, Dr Bob Sege turut menyifatkan sikap ini bukan sahaja berbahaya kepada pasangan masing-masing, namun mereka juga akan bertindak memukul orang sekeliling.
Foto: Mail Online
Bahaya, kan? Kita sebagai orang sekeliling juga harus berjaga-jaga dengan tindakan agresif si pelaku.
Menjadi ibu bapa ni tugasnya berat, bukan sekadar berkahwin dan melahirkan anak. Kita kena banyak membaca dan belajar berkaitan rumah tangga juga. -CARI |