CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4466|Reply: 31

[Tempatan] 'Ustazah' penipu

[Copy link]
Post time 17-12-2017 09:23 PM | Show all posts |Read mode
'Ustazah' penipu

https://www.hmetro.com.my/utama/2017/12/294450/ustazah-penipu

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2017 @ 8:17 PM

Zuliaty Zulkiffli
[email protected]


SETIAUSAHA Persatuan Pengguna Kedah (CAKE), Mohamad Yusrizal Yusoff ketika menerima aduan dari mangsa penipuan pakej umrah di pejabat Persatuan Pengguna Kedah, Simpang Kuala.  FOTO Amran Hamid.

SEPULUH individu dari Kedah dakwa ditipu wanita bergelar 'ustazah' yang menawarkan pakej umrah membabitkan kerugian RM71,000.

Mangsa berusia 54 tahun yang enggan dikenali dan berasal dari Guar Chempedak, Yan, berkata, dia dan isterinya, 53, sepatutnya berangkat menunaikan umrah hari ini selepas dua kali ditunda sebelum ini tetapi kecewa apabila individu yang bertanggungjawab menguruskan pakej itu memberi alasan tiket penerbangan tiada petang semalam sedangkan segala barangan sudah siap sejak awal bulan ini.

Malah dia dan isteri turut mengadakan kenduri doa selamat dengan menjemput kira-kira 300 jemputan termasuk penduduk kampung dan ahli keluarga tetapi sampai sekarang tidak dapat pergi menunaikan umrah seperti yang diimpikan selain menanggung malu.

Katanya, pada mulanya dia tidak kisah apabila penerbangan pertama pada 6 Disember lalu ditunda dengan alasan sama kerana tiket penerbangan tiada dan dijanjikan penerbangan seterusnya pada 9 Disember lalu.

"Saya menggunakan wang simpanan hasil mengusahakan sawah sebanyak RM14,200 dan tak sabar untuk membawa isteri ke Makkah tetapi kecewa apabila apa yang diharapkan tidak kesampaian malah sudah menukar wang tunai RM2,000 kepada mata wang Riyal (Arab Saudi).

"Saya malu setiap kali jumpa orang kampung, mereka akan tanya kenapa saya masih ada di rumah kerana sepatutnya sudah berlepas ke Tanah Suci dan setiap kali itu juga saya memberikan pelbagai alasan untuk menyedapkan hati tetapi kecewa dengan apa yang dilalui," katanya ketika ditemui di pejabat Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) di Simpang Kuala, Alor Setar, hari ini.

Mangsa lain, wanita warga emas berusia 71 tahun yang menetap di bandar raya ini berkata, dia terkilan kerana 'ustazah' yang dipercayainya dan dikenali di masjid di Tandop dekat sini berjaya mempengaruhinya supaya menyertai pakej umrah sehingga dia berminat lalu mengajak birasnya untuk pergi bersamanya.

Katanya, walaupun tidak yakin wang sebanyak RM7,100 seorang itu akan diperoleh semula, namun dia sedih kerana birasnya yang berusia 60-an sanggup menggunakan semua wang simpanan mengasuh kanak-kanak untuk membayar wang bagi membolehkan dia menunaikan umrah.

"Biras saya orang susah dan menetap di Perlis. Apabila saya mengajaknya untuk menunaikan umrah ke Tanah Suci, dia tidak menolak malah sanggup tinggal bersama saya di sini sehingga seminggu untuk mendalami ilmu agama sebagai bekalan untuk ke sana.

"Apabila perkara ini berlaku, dia agak kecewa dan pulang semula ke Perlis dengan berat hati.

“Lagi pula dia sudah melakukan kenduri doa selamat sebelum ini di rumahnya sebagai persiapan sebelum berangkat ke Tanah Suci," katanya.

Anak lelakinya, 40, berkata, dia kecewa kerana mereka adik beradik sudah beberapa kali mengambil cuti untuk menemani ibu mereka berangkat menunaikan umrah dan asyik ditunda waktu penerbangan sehinggalah ke semalam.

Katanya, dia kemudian menemani ibunya untuk bertemu dengan 'ustazah' berkenaan di hotel di bandar raya ini tetapi hampa apabila dimaklumkan wanita berkenaan yang agensi mereka mengalami masalah dalaman sehingga menyebabkan penerbangan terpaksa ditunda.

"Mereka hanya memaklumkan mengenai perkara itu petang semalam dan itupun ibu saya yang menghubungi mereka sedangkan ibu sudah melakukan pelbagai persiapan untuk berangkat ke Makkah," katanya.

Berikutan itu, dia bersama ahli keluarganya membuat laporan di pejabat CAKE, di sini, untuk membantu menyelesaikan masalah itu dan mendapatkan semula wang ibu dan ibu saudaranya.

Sementara itu, Setiausaha CAKE, Mohd Yusrizal Yusoff berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan dan mendapati ‘ustazah’ ini menjalankan pakej umrah dan sudah cuba menghubunginya beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan tetapi gagal.

Beliau berkata, pihaknya sudah menghubungi syarikat swasta yang menguruskan pakej umrah seperti yang dinyatakan ‘ustazah’ berkenaan dan dimaklumkan syarikat itu hanya menguruskan visa saja manakala tiket dan pakej lain diuruskan individu terbabit.

"Hasil siasatan kita juga mendapati, resit yang dikeluarkan individu berkenaan juga tidak mempunyai nama syarikat dan resit itu boleh dibeli di kedai runcit dan ini adalah salah satu taktik penipuan," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2017 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bukan ustazah la kalau menipu
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
onexox97 replied at 17-12-2017 09:47 PM
bukan ustazah la kalau menipu

Tapi dia ustazah....

Memang dok mengajar kat situ.....
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
penunggang agama.
sian tau orang susah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2017 11:38 PM | Show all posts
kesian nya orang dah tua gini kena tipu.
celaka la penunggang agama ni semua.
harap semua mampos kena kanser makan duit haram.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 12:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua pun masih diberi dugaan. Pasti ada hikmahnya insyaAllah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2017 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
... ostazah penipu jauh lebih baik dari penzina kan, so takpe halol kan aje lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Igtkn keith foo td dlm pic tu..almost nk sama muka keith foo..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2017 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian macik2 pacik2 nk prgi umrah..mmg susah nk bt dgn individu ni,sepatutnya ikut agensi y dah berpengalaman dan diiktiraf..skrg ramai penunggang agama,xley percaya 100%...nmpk alim,warak,sopan di depan,tp di belakang,sapa y taw perangai sebenar..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 07:54 AM | Show all posts
burok betol ahlak
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 12:22 PM | Show all posts
jahat betul ustazah ni.............
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 12:33 PM | Show all posts
Sebab tu kalau betul2 nak pergi pilihlah agency yang bertauliah dan berdaftar, jangan hanya dengan adanya title sebegitu je jadi mudah percaya dengannya.  
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 12:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah penipu itu, bukan ustazah. Itu setan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
salmon-suki replied at 18-12-2017 01:36 AM
Igtkn keith foo td dlm pic tu..almost nk sama muka keith foo..

Eh, uol taip gini ai skrol atas tengok balik gamba tu baru perasan yah! Memang iras Keith Foo, versi kelam la cumanya.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 12:51 PM | Show all posts
umrah bukannya wajib...takde pun dlm rukun islam...knp sanggup jgk nk keluarkan duit even dah tau tak mampu..tak boleh ke tunggu saja giliran haji tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 18-12-2017 12:51 PM
umrah bukannya wajib...takde pun dlm rukun islam...knp sanggup jgk nk keluarkan duit even dah tau ta ...

Punyalah lama nak sampai giliran haji tu haha.. tapi betullah memberatkan benda yg sunat. Haji pun hukumnya wajib pada yg mampu kalau sampai bergolok gadai bkn mampu lah.. tapi bak kata gang liberal, haji, umrah Dan agama dah jadi perniagaan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2017 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
setazah pun ada nafsu nak kelek beg chanel birkin prada ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 01:02 PM | Show all posts
jahatnyaa...
tergamak menipu
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
arasham replied at 18-12-2017 12:58 PM
Punyalah lama nak sampai giliran haji tu haha.. tapi betullah memberatkan benda yg sunat. Haji pun ...

Mmg pun kak giliran tu lama tp dah kalau tak de rezeki ni ke sana tu, nk buat mcm mana kan...Allah yg maha mengetahui.
Lg pun umrah tu kalau pegi pun bukannya blh ganti haji tu. Dah la kesempitan hidup, kena tipu pulak gara2 dgr org keliling sembang syoknya umrah, jum la bedah buat srkali seunur hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2017 01:14 PM | Show all posts
sbb tu buat imams
TP DA BATAL plak
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 09:02 PM GMT+8 , Processed in 0.730828 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list