Sungguh membanggakan negara! Stesen televisyen gaya hidup Islam, TV AlHjirah (TVAH) diiktiraf sebagai TV Islam Terbaik Asia pada Jumaat lalu.
Barisan Pengurusan Tertinggi TVAH yg hadir memberi sokongan
TVAH menerima anugerah itu pada majlis Asia Halal Brand Awards (AHBA) yang berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
"Alhamdullilah, ini adalah usaha secara kolektif wargakerja TVAH sepanjang dua tahun ini untuk memastikan TVAH relevan dan kompetatif walaupun menyiarkan program Islamik dan satu-satunya stesen TV yang patuh syariah," kata Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Dato Haji Izelan Basar.
Timbalan Menteri Mosti Dato' Dr Abu Bakar menyampaikan trofi kemenangan kepada Dato Haji Izelan Basar
Tambahnya, 2017 merupakan tahun cemerlang bagi TVAH yang berjaya menguasai jumlah penonton iaitu lebih 70 peratus daripadanya dikuasai golongan wanita dan pelajar yang gemar dengan pendekatan dibawakan stesen berkenaan.
Ekoran itu, prestasi pengiklanan di stesen itu juga melonjak 30 peratus berbanding pencapaian pada 2016.
Menurutnya, Berita Alhijrah dengan paparan isu semasa berkaitan umat Islam merupakan antara program yang mendapat sambutan dan penguasaan penonton.
Dengan anugerah ini, TVAH membuktikan jenama Islam mampu menembusi pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutif T V AlHijrah Dato Haji Izelan Basar
Malah, Izelan memberi gambaran bahawa stesen itu menjanjikan kandungan lebih baik dan menepati selera rakyat Malaysia yang mahukan program TV berbentuk mendidik jiwa, pada 2018 ini.
"Kami ada ruang rasa tersendiri dan unik dan kami mengolah kelebihan itu agar ianya dapat diterima oleh semua lapisan," ulasnya.
Izelan berharap agar penonton terus memberi sokongan padu kepada TVAH. - CARI |