Susulan isu sebuah stesen radio swasta dikecam netizen gara-gara tidak sensitif ketika bergurau, Zairi Zainal tampil meminta netizen berhenti melemparkan kecaman.
Foto: FB Zairi Zainal
Baru-baru ini, Hot FM dikecam netizen kerana membuat panggilan prank dan memberi harapan palsu kepada Zairi yang dalam misi ekspedisi menjelajah bagi mengumpul derma untuk mereka yang memerlukan. Lah, tak serik lagi rupanya mereka ni.
Menerusi rakaman audio panggilan hangit itu, DJ radio berkenaan berpura-pura kononnya mahu menaja program lelaki terbabit.
Ingatkan betul-betul dapat tajaan,
rupanya kena 'game' je.
Zairi Zainal dalam beberapa postingnya di laman Facebook (FB) sebelum ini meluahkan rasa sedih dan kecewanya atas panggilan palsu berkenaan.
Foto: FB Zairi Zainal
Sementara itu, Dzul Affandi Roslan yang turut terkilan dengan nasib rakannya itu meminta Hot FM supaya lebih sensitif di masa akan datang.
Foto: FB Dzul Affandi Roslan
Isu itu mendapat perhatian orang ramai dan mencetus kemarahan netizen yang menyifatkan DJ terbabit tidak sensitif selain mendakwa segmen berkenaan tidak beretika.
Foto: FB
Boleh nak bergurau dan mengenakan orang, tapi beragaklah kan? Apapun, tuan empunya diri dah memaafkan Hot FM. Semoga yang lain juga berbuat demikian, okey? - CARI |