CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2012|Reply: 16

[Penulis] ...Perginya Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon Ahmad...

[Copy link]
Post time 26-12-2017 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
IFwd- nnalillahi Wainna Ilaihi Rajiun.
Sasterawan Negara Prof. Emeritus Dato' Dr. Hj. Shahnon Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada hari ini 26/12/2017 ( sekitar 8 pagi), di Hospital KPJ Kajang. Jenazah akan disolatkan di Surau Madani Seksyen 3 Bandar Baru Bangi selepas solat Zuhur. Semoga rohnya dirahmati Allah.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 26-12-2017 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirajiun

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan org yg beriman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 02:17 PM | Show all posts
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

We belong to Allah and to Him we shall return

Semoga diampunkan dosa-dosa beliau dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman serta dijauhkan dari siksaan kubur.. aminn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2017 05:04 PM | Show all posts
Selamat pulang ke negeri abadi. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Akan terus mengenang karya-karya terbaiknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2017 06:50 PM | Show all posts
SN ke-2, Shahnon Ahmad, meninggal dunia

Oleh Siti Haliza Yusop
[email protected]
Share

Tweet

Share
KUALA LUMPUR: Negara hari ini kehilangan tokoh yang banyak memberi sumbangan kepada kesusasteraan negara apabila Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad meninggal dunia pada usia 84 tahun di Hospital KPJ, Kajang, pagi tadi.

Anak bongsunya, Asrulsani Shahnon berkata, bapanya yang sudah hampir enam bulan tinggal bersamanya di Bandar Baru Bangi, meninggal dunia akibat paru-paru berair kira-kira jam 7.30 pagi.

"Bapa saya dimasukkan ke Hospital KPJ, Kajang sejak beberapa hari lalu dan jenazahnya akan diuruskan di Surau Madani Seksyen 3, Bandar Baru Bangi pada selepas Zuhur sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Sungai Tangkas untuk dikebumikan," katanya ketika dihubungi.

Shahnon yang dilahirkan di Sik, Kedah, meninggalkan isterinya, Datin Wan Fatimah Wan Salleh serta empat orang anak.

Shahnon bukanlah satu sosok biasa kerana ketokohannya tidak hanya diperlihatkan dalam bidang kesusasteraan malah turut terpamer sebagai seorang ahli akademik hingga melangkaui kepada arena politik negara.

Shahnon yang disebut sebagai identiti dunia kesusasteraan Melayu moden dan bahasa Melayu menjadi penerima kedua penobatan Anugerah Sastera Negara (ASN), iaitu pengiktirafan sastera tertinggi dalam negara yang membawa gelaran SN pada tahun 1982.

Ketokohannya menyebabkan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein menyamakan Shahnon dengan penulis barat paling berpengaruh abad ke-19, Victor Hugo, pada penganugerahan ASN itu.

Sebagai pengarang, Shahnon kritis dan lantang dalam memaparkan pemikirannya melalui karya yang tidak sekadar mengungkapkan perihal kehidupan masyarakat kota dan mereka di desa tetapi rencam dengan perihal kehidupan serta sosio ekonomi orang Melayu hingga mencakupi kepada isu politik dan agama.

Kewibawaannya sebagai seorang novelis tidak dapat disangkal dengan kelahiran pelbagai karya daripada Rentung yang diterbitkan pada 1965, Menteri (1967), Srengenge (1973), Seluang Menodak Baung (1978), Tunggul-Tunggul Gerigis (1988), Tivi (1995) dan Igauan Dan Cerita-Cerita Lain (1996).

Novel Ranjau Sepanjang Jalan yang diterbitkan pada tahun 1966 menandakan puncak kejayaan Shahnon dalam penulisan malah novel itu bukan saja diterjemah ke bahasa Inggeris dengan judul No Harvest But A Thorn malah ia juga turut dipilih The Sydney Morning Herald sebagai satu antara 10 novel yang terpenting bagi tahun 1972.

Shahnon terampil sebagai seorang yang tersendiri, pemikir serta pengkritik yang kritis. Uniknya, beliau bukan saja memiliki perspektif terhadap karya penulis sezamannya malah pada karya beliau sendiri.

Buktinya, Shahnon tidak malu menolak Ranjau Sepanjang Jalan selepas ramai pengulas sastera beranggapan novel itu menyimpang daripada nilai Islam.

Sebagai seorang sarjana, Shahnon juga merakam sejarah tersendiri apabila beliau menjadi ahli akademik pertama negara yang diberi gelaran Prof Emeritus pada 1993.

Tidak sekadar menggoncang dunia sastera dan menonjolkan sumbangan tersendiri dalam dunia akademik, Shahnon juga mula diberi perhatian mereka di luar lingkungan sastera apabila menghasilkan novel satira politik, Shit.

Novel yang diterbitkan pada tahun 1999 itu memaparkan ketahanannya yang tersendiri ketika politik negara berkecamuk dengan aliran pemikiran dua tokoh pemimpin kanan negara pada ketika itu.

Tidak hanya menjadi pengarang paling banyak dihimpit kontroversi, Shahnon juga berkebolehan dalam politik dan pembabitannya dalam dunia siasah menyaksikan beliau pernah menyertai PAS bertanding dan kemudian memenangi pilihan raya kawasan Parlimen Baling.
Reply

Use magic Report

Follow Us

 Author| Post time 26-12-2017 06:51 PM | Show all posts

Post time 27-12-2017 12:02 AM | Show all posts
Innalillah. Salam takziah buat keluarga arwah. Arwah merupakan sasterawan negara yang sangat berbakat. Saya membesar dengan membaca karya-karya arwah seperti Ranjau Sepanjang Jalan, Protes, Sutan Baginda dan lain-lain.

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 12:10 AM From the mobile phone | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun.. salam takziah bt keluarga beliau.. semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditmptkn diklgn org2 yg beriman.. hilangnya sebutir permata.. walaupun raja novelis telah pergi bt selama2nya tetapi beliau meninggalkan nama dan krya2nya masih dpt ditatapi dan diingati smpai ble2

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 06:21 PM | Show all posts
Allahyarham merupakan salah seorang ahli PENA. Selama ni tertanya-tanya di mana beliau? Hidup atau mati? Sebab dah lama sangat tak dengar khabar berita. Selepas  novel SHIT dan terlibat dalam politik, lepas tu dah tak aktif.

Anak didik dia, Allahyarham Azizi Haji Abdullah dah lama pergi dulu. Kini dah tiba masa dia. Kita semua? Tak tau lagi. Semoga Allah menempatkan roh mereka di tempat orang yg beriman. Amin.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Inalilahiwainalilahirajiun.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Aminn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Inna lillahi wainna Ilahi rajiun. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Satu kehilangan besar kepada negara...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 04:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah. Perginya seorang sasterawan ulung. Semoga rohn beliau ditempatkan dikalangan org yg beriman.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 12:37 PM | Show all posts
Oleh Siti Haliza Yusop
[email protected]

Shahnon lantang berkarya, penyayang pada isteri

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara (SN) kedua, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad, bukan sekadar seorang tokoh kesusasteraan besar tanah air, malah seorang pendidik sejati yang tidak hanya mengajar ilmu semata-mata.

Pengarang prolifik, Zainal Rashid Ahmad, yang sempat berguru dengan Shahnon ketika menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) dalam Penulisan Kreatif pada tahun 1991, berkata Shahnon adalah seorang guru yang turut mendidiknya mengenai soal nilai.

"Allahyarham sering mengingatkan saya dengan kata-katanya, sastera tidak mendidik orang sebaliknya mendidik penulisnya dengan pegangan terhadap nilai yang mahu dijadikan asas atau falsafah ketika menulis," katanya mengimbau semula hubungan rapatnya dengan pengarang hebat tanah air itu.

Zainal Rashid yang juga Naib Presiden Kanan, Jabatan Jualan Media, TV Al-Hijrah, berkata setahun di USM, beliau banyak menghabiskan waktu bersama pengarang yang mesra dipanggilnya sebagai Pak Shahnon itu.

Bertemu di luar waktu kuliah, Shahnon banyak berkongsi mengenai dirinya serta perasaannya yang sangat khusus terhadap isterinya.

"Ketika itu saya baru berusia 23 tahun dan perasaan cinta luar biasa Pak Shahnon terhadap isterinya banyak mempengaruhi kehidupan saya selepas berumah tangga. Malah beliau juga berpesan apabila kamu kahwin dan punya isteri, hargai serta ingat jasa isteri.

"Pak Shahnon berkata begitu ketika saya bertanya mengapa beliau meninggalkan al-Arqam dan antara sebabnya ialah kerana beliau menolak poligami disebabkan sangat menyintai isterinya. Beliau begitu mengenang jasa dan pengorbanan isterinya yang banyak membantu terutamanya ketika Pak Shahnon dalam fasa menyiapkan Ijazah Sarjana," katanya.

Shahnon yang berasal dari Sik, Kedah, menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 84 tahun di Hospital KPJ, Kajang, kira-kira jam 7.30 pagi, kelmarin akibat paru-paru berair (pneumonia). Beliau meninggalkan isteri, Datin Wan Fatimah Wan Salleh serta empat anak.

Sementara itu, SN ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan yang mengenali Allahyarham sejak sama-sama bergiat dalam Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA), menyifatkan pemergian Shahnon sebagai kehilangan besar kepada kesusasteraan tanah air.

Anwar berkata, Shahnon yang dikenali sebagai penulis yang memiliki pemikiran dan falsafah tersendiri serta seorang pengkarya yang sensitif dengan apa yang berlaku sepanjang hidup beliau. Karya Shahnon menyentuh masyarakat segenap lapisan melalui isu pembangunan tidak terkawal, pencemaran dan pengaruh modenisasi kepada masyarakat seperti yang ditampilkan melalui novel Tivi.

"Saya mengikuti karya beliau sejak awal lagi dan seperti mana lantang serta kritis Shahnon dalam karyanya, begitu juga beliau dalam perbualan. Jika ada perkara dirasakan tidak betul, beliau tidak khuatir menyuarakannya tetapi sebagai orang Melayu, kata-katanya masih tetap berlapik. Beliau sememangnya tokoh besar dalam sastera dan pemergiannya satu kehilangan besar," katanya.

Menurut Anwar, paling diingati mengenai Shahnon ialah bagaimana sahabatnya itu sanggup 'lari' dari sidang di Parlimen ketika masih bergelar Ahli Parlimen Sik semata-mata kerana mahu mendapatkan novel Naratif Ogonshoto karya beliau.

"Shahnon tahu yang novel itu baru diterbitkan jadi dari Parlimen beliau datang bertemu saya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) kerana katanya mahu membaca novel itu jadi saya berikan satu naskhah kepadanya.

"Dalam kesibukan beliau pada ketika itu, Shahnon nampaknya masih mengingati rakan-rakannya dalam dunia sastera," katanya.

Berita Harian, 28 Disember 2017.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 4-1-2018 03:05 PM | Show all posts
Inalilahiwainalilahirajiun.. semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..Aminn

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:25 AM GMT+8 , Processed in 0.079314 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list