View: 2851|Reply: 14
|
Pedas Sampai Berdengung Telinga! Ini 10 Kebaikan Wasabi Ramai Tak Tahu..
[Copy link]
|
|
Ramai yang meminati makanan Jepun seperti Sushi namun mengelak dari memakan wasabi walaupun ianya mengandungi banyak kebaikan.
Jom kami kongsikan 10 kebaikan memakan wasabi:
1. Antimikrob
Wasabi mengandungi agen antimikrob yang berguna untuk membasmi bakteria. Wap 'isothiocynates' yang terkandung di dalamnya mampu menghalang pertumbuhan pelbagai jenis bakteria, yis dan kulat. Kandungan anti-mikrob yang tinggi ini menjadikan ianya sangat sesuai dimakan bersama ikan mentah.
2. Anti-Radang
Wasabi juga mengandungi agen anti-radang yang tinggi sekaligus membantu dalam penyingkiran masalah keradangan seperti kecederaan dan bengkak.
3. Anti-kanser
Mengandungi anti-oksidan yang tinggi menjadikan wasabi sebagai makanan yang sesuai untuk mengelakkan sakit kronik seperti kanser. Wasabi membantu membolehkan hati untuk meneutralkan sedikit bahan bertoksik yang berada di dalam tubuh yang boleh mengakibatkan kanser.
Jadi, dengan memakan wasabi dan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang lain boleh membantu mengurangkan risiko penyebaran kanser di tahap akhir.
4. Kesihatan kardiovaskular
Oleh kerana ianya mempunyai keupayaan untuk menghalang dari berlakunya pengumpulan platelet, wasabi membantu mengurangkan peluang untuk serangan jantung dan strok.
5. Wasabi dan Arthritis
Diet yang kaya dengan wasabi mampu melegekan sakit otot kerana sifat anti-radang yang dimilikinya. Ianya juga turut membantu untuk menghindar masalah radang usus dan juga asma.
6. Elak kaviti
Wasabi membantu mengelakkan masalah kaviti pada gigi. Bakteria yang bertanggungjawab pada masalah ini adalah Streptococcus. Kajian menunjukkan wasabi menghalang penularan bakteria di dalam mulut.
7. Sanitizer semulajadi
Oleh kerana wasabi mempunyai keupayaan untuk melawan bakteria E.coli dan Staphylococcus serta bakteria phylori,ianya digelar sebagai sanitizer semula jadi.
8. Bahan detoks
Wasabi merupakan bahan detoks semulajadi yang membantu menyingkirkan toksin dan karsinogen pada hati dengan bantuan fitokimia yang terdapat padanya.
9. Makanan rendah kalori
Wasabi yang disediakan bersama kacang mampu membuatkan ianya menjadi hidangan yang rendah kalori, yang sesuai untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan.
10. Merangsang penghadaman
Wasabi membantu melancarkan penghadaman kerana kaya dengan serat.
Lepas baca ni jangan lupa makan sushi cicah dengan wasabi dan kicap ya! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya sushi ngn wasabi..dan enamami gak |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak bg kurang sengat, combine dengan kicap manis. Memang tak menyengat lepas tu. Lama tak makan sushi sampai lupa nama kicap tu. Biasa kedai sushi bg dua jenis. Yang manis tu la. |
|
|
|
|
|
|
|
I la salah sorang yang suka sushi tapi tak suka wasabi tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Wasabi freshly grated sangat sangat sedap. Sebelum ni makan yg biasa punyalah tak suka sampai makan yg betul betul freshly grated. Beza ya amat |
|
|
|
|
|
|
|
To me wasabi xrasa pedas tp rasa menyengat..first time try wasabi,tsalah ltk lebih kuantiti,mmg terasa mcm kena kejutan letrik ke hidung,otak bagai..jd stop kejap..haha..tp sedapppppp..bestnyeee sushiiii...suka salmon sushi..nyumm nyummm nyummmm |
|
|
|
|
|
|
|
salmon-suki: To me wasabi xrasa pedas tp rasa menyengat..first time try wasabi,tsalah ltk lebih kuantiti,mmg terasa mcm kena kejutan letrik ke hidung,otak bagai..j ...
betul tue.. mse mle2 cuba jd mcm tue la.. trkjut smpai trase ke hdung.. trus insop xnk mkn wsabi..
|
|
|
|
|
|
|
|
yup..betul
rasa dia ok skit kalo makan dgn kicap tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Good info. Lepas ni nak jdkn wasabi mknan wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku peminat wassabi dan sushi... yummy yg fresh wasabi tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru je semalam makan sushi Aeon. :lol Iols seorang je yang makan dengan wasabi dan kicap. |
|
|
|
|
|
|
|
nitsume ke kak?
|
|
|
|
|
|
|
|
untuk yg selsema idung sumbat mmg bagus. terus sembuh.
|
|
|
|
|
|
|
|
kucen_miang replied at 28-12-2017 04:34 PM
nitsume ke kak?
Yezzaaaaaa... sweet sauce. Tenkiu dikkk |
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba nak makan sushi king... |
|
|
|
|
|
|
| |
|