CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1701|Reply: 5

Adakah Anda Dalam Kumpulan 'Social Jet Lag'? Bahaya!

[Copy link]
Post time 27-12-2017 09:52 AM | Show all posts |Read mode





Siapa biasa macam ni? Masuk tidur awal setiap hari untuk bangun bekerja keesokkan harinya selama lima hari seminggu, namun pada hujung minggu anda menghabiskan keseluruhan waktu tidur untuk berhibur dan melepak bersama kawan-kawan.


Itu perkara biasa bagi kebanyakan kita. Dah penat seharian bekerja, nak juga lepak dengan kawan-kawan untuk menghilangkan tekanan. Ia sebenarnya bahaya kepada kesihatan bagi jangka masa panjang, tetapi ramai yang pilih untuk mengabaikan kesan buruk ini.








Keadaan ini dipanggil 'social jet lag' di mana berlaku keadaan bertentangan antara biologi badan dan waktu tidur sebenar akibat terlebih aktiviti sosial pada hujung minggu.


Maklumlah, seronok sangat melepak sampaikan dah masuk jam 3 atau 4 pagi baru nak balik tidur. Bila dah masuk hari bekerja biasa, mulalah tubuh berasa lesu dan penat hingga memberi kesan kepada mood. Asyik nak marah-marah saja.





Foto: Carian Internet





Menurut pembantu penyelidik di University Arizona, Sierra Forbush, 'social jet lag' ini sangat tidak bagus kerana berkemungkinan besar untuk mendapat serangan jantung, tak bermaya dan gangguan emosi yang teruk.


Bayangkanlah tubuh manusia yang sudah dilatih untuk waktu tidur tetap, tetapi terpaksa berubah norma kebiasaannya pada hujung minggu.





Foto: Shuttercock





Sudahlah pulang lambat, sampai rumah boleh pula layan skrin televisyen dan Internet. Hari dah nak menjelang pagi baru nak melelapkan mata. Bukan 'kalau boleh' lagi dah. Keadaan ini mesti dielakkan! Balik rumah, pastikan anda terus tidur.


Keadaan ini bukan sahaja menjadi punca kepada insomnia, malah lebih teruk apabila kesihatan mula terjejas. Ini disebabkan setiap jam yang bertukar, lebih tinggi risiko untuk diserang penyakit jantung.


Jadi, tak salah nak berhibur pada hujung minggu cuma sebaiknya keluar awal pagi dan tidur seperti biasa pada hari bekerja untuk mendapatkan rehat yang berkualiti. Nampak macam tak realistik nak buat macam tu, tapi sebaiknya ajarlah badan untuk tidur secara teratur, kurangkan aktiviti lewat malam demi kesihatan anda.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2017 10:39 AM | Show all posts
hmm.. nak kena ubah cara hidup la gini.. memang isnin selasa lesu jek rasa.. bak kata pepatah.. pewai gila nak mengharung kerja hari isnin akibat njoy time wekend..
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2017 11:25 AM | Show all posts
Mondayyy bluzzzz
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Setiap isnin,  badan ni mmg lesu2 aje..  
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Walaupon,  weekend je rehat kat umah xkemana pon..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 01:47 PM | Show all posts
I isnin hingga jumaat tidur awal.
Tapi weekend, tidur lambat.
Abis la badan, otak semua pun ikut bingung.
5 hari engko tidur awal, 2 hari engko tidur lambat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:41 PM GMT+8 , Processed in 0.107249 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list