|
Sejak khabar yang mengatakan Kylie Jenner mengandungkan anak kekasihnya, Travis Scott, dia memang tak berapa aktif di media sosial.
Ramai yang berharap personaliti realiti TV ini membuat pengumuman tentang kesahihannya Krismas lalu, tapi hampa sebab hanya senyap sahaja.
Kylie ada memuat naik gambarnya di Instagram, namun bukan seperti yang diharapkan kerana foto tersebut langsung tak menunjukkan dia hamil.
Sebaliknya ia hanyalah foto ketika dia menjadi penghias muka hadapan majalah Love Magazine.
Dalam Snapchat juga, Kylie bergaya depan kamera tanpa menunjukkan perutnya.
Disebabkan itu, ramai yang membuat spekulasi bahawa keluarga Kardashian sengaja menyembunyikan kehamilannya.
 Foto: Snapchat
Menurut Daily Mail, ada ramai di ruangan komen yang tertanya-tanya benarkah Kylie benar-benar mengandung.
Tak tahulah bila Kylie Jenner nak sahkan tentang keadaan dirinya. Mungkin dia mahu mengekalkan privasinya?
 Foto: IG Kylie Jenner
Apa pun tunggu sahaja.Kalau benar mengandung pasti akan melahirkan juga nanti kan? -CARI |
|