Pelumba Formula One, Lewis Hamilton memohon maaf selepas berkongsi video mengusik anak saudara lelakinya yang berpakaian seperti puteri di laman Instagram beliau.
Video itu mengundang kemarahan dan kecaman netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju tindakan Hamilton itu.
Mereka menganggap ialah memalukan anak saudaranya itu yang masih kecil.
Di dalam video itu, Hamilton dilihat mengusik anak saudara lelakinya yang menerima hadiah pakaian puteri sempena perayaan Krimas.
Bagaimanapun, Hamilton segera membuang video itu dan memohon maaf.