CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1399|Reply: 2

Alat Uji Kehamilan Baharu Ini Boleh Dikumbah Macam Tisu Tandas, Menarik!

[Copy link]
Post time 28-12-2017 11:33 AM | Show all posts |Read mode
Buat pasangan baru berkahwin, setiap kali terlewat datang bulan adalah masa paling dinanti-nantikan. Mana tahu, ada rezeki si bunting pelamin, kan? Ramai juga pasangan ternanti-nanti untuk bergelar ibu bapa seawal mungkin.






Foto: Today's Parent




Tak kurang juga ada yang sudah menyediakan stok alat uji kehamilan yang boleh dibeli di mana-mana farmasi mahupun secara dalam talian. Senang katanya nak periksa sendiri di rumah, tak perlu kerap ke doktor untuk buat pemeriksaan sama ada hamil atau tidak.





Foto: New Kids Center





Namun begitu, tak semua suka nak tengok alat uji kehamilan yang sudah digunakan berada di dalam tong sampah. Malah, ada sesetengah orang membalut dan membuang alat uji kehamilan yang digunakan jauh ke dasar tong sampah, kononnya nak menyembunyikan.




Foto: Mail Online




Sekarang, dah tak perlu bersusah membungkus alat itu lagi kerana 'Lia' adalah sejenis alat uji kehamilan baharu yang diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) yang mana kandungannya sangat mesra alam, mudah diuraikan dan dikumbah.




[vimeo]248933614[/vimeo]





Eh, dikumbah tu macam mana pula?


Dikumbah tu maksudnya alat uji kehamilan tadi boleh dibuang terus ke dalam mangkuk tandas. Kemudian curah air, terus hilang! Senang macam tisu tandas saja, kan?








Lia sama dengan alat uji kehamilan yang terdapat di pasaran sekarang iaitu perlu membuang air kecil di atas alat penguji dan tunggu seketika untuk melihat garisan yang muncul. Buat yang tak tahu, dua garisan tu maksudnya mengandung, manakala satu garisan pula tak mengandung.


Foto: Whyy






Lia dicipta dengan kualiti mesra alam dan 99 peratus ketepatan. Bagus juga ni, taklah banyak sangat plastik yang kena dilupuskan. Kalau berminat, tunggu sajalah pertengahan bulan 2018 nanti, macam rupanya alat uji kehamilan yang baru tu. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2017 11:57 AM From the mobile phone | Show all posts
pertengahan bulan 2018 tu bila? bila bulan pada tahun 2018 berada dalam keadaan setengah/separuh at the centre of the earth ke baru keluar di pasaran malaysia atau pasaran amazon sahaja? #typicalcarinorlili
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2017 04:01 PM | Show all posts
samasam90 replied at 28-12-2017 11:57 AM
pertengahan bulan 2018 tu bila? bila bulan pada tahun 2018 berada dalam keadaan setengah/separuh at  ...

Hahahahahahahahahahaha.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.065964 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list