View: 4042|Reply: 21
|
Sebesar Ibu Jari, Zanco Perkenal Telefon Bimbit Terkecil Dunia
[Copy link]
|
|
Hari ini, dunia menyaksikan persaingan hebat antara syarikat pengeluar telefon pintar dari seluruh dunia.
Terkini, sebuah syarikat pengeluar menentang arus pasaran telefon pintar yang lebih memberi fokus kepada telefon pintar skrin besar. Mereka menghasilkan telefon bimbit sebesar ibu jari manusia dan lebih ringan berbanding duit syiling logam.
Menurut Mail Online, telefon bimbit keluaran syarikat dari United Kindom iaitu Zanco, model T1 merupakan telefon bimbit terkecil di dunia yang pernah dicipta.
Walaupun ia hanya sebesar 1.9 x 0.8 x 0.5 inci, ia mampu membuat panggilan, menghantar dan menerima mesej. Bagaimanapun, peranti seberat 13 gram dengan paparan 64 x 32 pixel ini tidak memiliki fungsi lain selain tiga fungsi tersebut.
Memandangkan saiznya yang kecil, Zanco T1 hanya beroperasi pada rangkaian 2G dan tidak boleh melayari laman sosial seperti Facebook mahupun Twitter.
Menurut jurucakap syarikat itu, pengguna tidak boleh melayari Internet dengan Zanco T1.
Menerusi kempen Kickstarter, peranti mini itu dibida bermula 35 British Pound (RM192) hingga 72,000 British Pound (RM394,211).
Foto: KICKSTARTER
Zanco T1 dijangka berada di pasaran pada May 2018. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
awwww...so cute |
|
|
|
|
|
|
|
ni berguna kalau nak final exam. |
|
|
|
|
|
|
|
Takan 2G? Kerana bila bila masa sajaha pengunaan 2G akan ditamatkan sepenuhnya. Dan sekarang ni pun dah lama ada telco yang relay menamatkan penggunaan 2G semejak setahun yang lalu |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap: ni berguna kalau nak final exam.
tapi terkebil2 laa mata tu nk nengok skrin..mcm citer bad genius gitu haa..kekeke~ |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pakai telefon tekan2 tu.. battery tahan lama.. ne letak dalam poket, tak perasan ne terjatuh.. letak dlm beg berkurun nak cari.. takkan nak gantung kat leher.. |
|
|
|
|
|
|
|
buat jd keychain jah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini untuk kegunaan special agent ke...apasai laaa cinonet sangat..sedangkan yg besor pun banyak typo error...hmmmm |
|
|
|
|
|
|
|
Ciptaan yang tidak berguna. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo harga affordable, byk la seludup kat sekolah/asrama |
|
|
|
|
|
|
|
kecik macam ni kalau kene copek tak sedar pun. screen dia kecik. sape yg rabun mmg tak nmpk laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Sangat berguna untuk Di bawa masuk dalam penjara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Senang ke nak type msg .. jari aku dah la gedabak ... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
hanya mampu dpt title telepon terkecik je. sales? |
|
|
|
|
|
|
|
Sakit mata nak membaca tulisan kat skrin hp tu. Tapi macam mana diaorang nak buat panggilan kat telefon tu ye? Cukup-cukup masuk dalam lubang telinga je. Pakai speaker ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Terlambat 20 tahun. Kalau keluar tahun 90an mesti kebabom.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|