CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3907|Reply: 13

Yang Pelik Dan Yang Enak, 8 Makanan Tular 2017..

[Copy link]
Post time 29-12-2017 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Salam sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati dan dikasih. Masih belum terlambat nak ucapkan selamat Hari Natal pada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Juga tak lama lagi kita akan meraikan tahun baru 2018 dan akan tinggalkan kenangan 2017 yang banyak memori kepada kita.


Juga termasuklah makanan yang menjadi fenomena sepanjang tahun ini. Jadi bagaikan satu tradisi apabila satu makanan itu menjadi tular mulalah berpusu-pusu orang datang untuk mencarinya. Bagaimanapun tidak semuanya kekal lama malah ada juga yang terus hilang selepas beberapa ketika.


Jom kita saksikan beberapa imbasan makanan yang pernah viral sepanjang tahun ini ada yang dalam dan luar negara.






1) Kek Nasi Lemak
Siapa sangka hasil kreativiti menghasilkan sesuatu daripada makanan tradisional ini mendapat tempat di hati pencinta makanan Malaysia. Kek ini mula menjadi buah mulut orang ramai dan mendapat tempahan yang tinggi juga.


2) Burger Nasi Lemak
Dengar macam aneh bukan tapi itu yang juga terilham kepada pengusaha makanan segera dari negara jiran Singapura apabila menghasilkan Burger Nasi Lemak. Walaupun tak masuk ke Malaysia tapi ia menjadi fenomena untuk satu masa sehinggakan ramai orang sanggup ke negara jiran itu bagi mencuba burger ini.


3) Mee Besen
Mee besen ini adalah sebenarnya mee biasa sahaja cuma keunikannya ia dihidangkan dalam bekas yang lagi besar berbanding mangkuk iaitu besen. Walaupun ada sesetengah orang mengatakan ia bagaikan tidak menghormati makanan kerana makan dalam besen tapi ia menjadi fenomena sehingga sekarang dan masih ramai pergi makan di restoran popular di Melaka ini.






4) Biskut Ulat Bulu
Resipi biskut ini tular pada bulan puasa tahun ini kerana rupanya comel sama seperti ulat bulu sebenar. Ada yang dihasilkan dengan pelbagai warna dan juga pelbagai saiz. Ramai orang mengeluarkan resipi ini untuk dihasilkan di sosial media.

5) Milo Cube
Sebenarnya makanan ini tidak pernah dihasilkan pun di Malaysia walaupun milo adalah satu produk yang popular di sini. Milo cube ini mula mendapat perhatian sehinggakan orang sanggup membeli dengan harga yang begitu mahal. Ia adalah rasa sama macam milo biasa tapi tidak perlu bancuh dan masuk sahaja dalam mulut.


6) Kerabu Kerang
Resipi masakan ini adalah daripada negara Thai ia adalah menu lama tapi begitu popular tahun ini dan sangat menjadi perhatian ramai orang. Ramai yang buat resipi ini dengan pelbagai cara sendiri dan dah ada pelbagai konsep.






7) Ayam Goreng McD
Ikutkan ayam goreng ini dah lama ada kat restoran fast food ini tapi kerana konsep iklan dan juga terjemah yang disampaikan sangat berkesan dan sehinggakan satu ketika ayam goreng ini kehabisan stock di kebanyakan restoran. Tapi bagi sesetengah orang pula ia biasa jer tidak seperti yang digambarkan.


8) Pakaian Nasi Lemak
Ini tak golong dalam golongan makanan tapi ia tular juga kerana menggunakan konsep makanan tradisonal Malaysia sebagai pakaian untuk pertandingan Miss Universe. Busana Nasi Lemak ini mempamerkan makanan yang cukup popular ini kepada dunia tapi bukan rezeki kita untuk menang juga. Namun ia tetap tular sehingga diperkatakan di seluruh dunia tahniah.






Ini adalah antara beberapa makanan yang disenaraikan antara popular tahun 2017. Tahun 2018 apa pula yang bakal tiba dan makanan bagaimana yang menjadi perhatian rakyat Malaysia. Sama-sama kita nantikan dan sebelum berakhir tahun ini apa kata follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan. Selamat tahun baru semua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-12-2017 04:56 PM | Show all posts
kerabu kerang n ayam goreng mcD. sedapnyaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 05:00 PM | Show all posts
ayam Goreng McD memang tular yach!
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2017 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kek nasi lemak! Nampak menyelerakann ...yumyummm
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ayam greng mcD...nyum nyum
{:teatime
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dapnya ayam goreng mekdi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2017 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Ayam goreng mcd tu mmg dari dulu ade, feveret sy juga... mase tular ritu, saya sampai fikir beria betul netizen ni padahal selama ni xde la nk heboh pasal ayam ni..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2017 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
ayM goreng mcd mmg melekat di hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2017 12:05 AM | Show all posts
ayam goreng mcd terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 02:48 AM From the mobile phone | Show all posts
ayam goreng marry brown pun sedap
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 09:26 AM | Show all posts
aku memang suke ayam goreng mcd dari dulu, tp biler keluar iklan org makan krup krap, rasa geli pula, xtau kenapa. trus xbeli pon
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg baju nasi lemak tu mmg mengarut sungguh {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 04:55 PM | Show all posts
ayam goreng mekdi dh lama ade, tp tiba2 jadi sambutan hangat


maybe dulu2 kurang promosi. dan bila sebut ayam goreng, org lbh nmpk KFC.
Reply

Use magic Report

Post time 2-1-2018 05:30 PM | Show all posts
kt mana nk beli baju nasik lemak tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.049053 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list