Baru-baru ini, Janna Nick telah memuat naik status mengenai Depression hingga peminatnya tertanya-tanya akan keadaan dirinya yang sebenar.
Kesemua status kemurungan tersebut dapat dilihat dalam akaun Insta Story. Dia menerangkan tentang kesan dan bagaimana masalah murung boleh terjadi.
Foto: IG Janna Nick
Berdasarkan ayatnya, kemurungan ini adalah sejenis penyakit mental yang menggangu kehidupan seseorang sehingga menyebabkan kesedihan berpanjangan, putus asa dan tidak lagi berminat melakukan aktiviti.
Selain itu, penyakit ini juga boleh membuat seseorang sakit fizikalnya, hilang selera makan dan mempunyai masalah untuk tidur.
Foto: Insta Story Janna Nick
Adakah ayat-ayat ini semuanya berkaitan dengan situasi dirinya atau sekadar berkongsi informasi dengan netizen?
Dia juga turut mengatakan kebanyakan orang mempunyai tanggapan yang salah mengenai penyakit mental ini dan tidak mudah untuk dirawat dengan hanya bergaul dengan orang-orang yang bersikap positif.
Foto: Insta Story Janna Nick
Disebabkan beberapa status yang dimuat naik, peminat Janna mendoakan keadaan dirinya baik-baik sahaja dan tidak mengalami kemurungan dalam hidupnya.
Foto: IG Janna Nick
Harap keadaan Janna tidak seperti apa yang digambarkan dalam Insta Story. Jangan main-main dengan masalah murung. Bahaya! - CARI |