CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 874|Reply: 3

Edisi PAS menipu lagi - Amanat Hadi keluar kerana Umno dulu teruk

[Copy link]
Post time 2-1-2018 03:31 PM | Show all posts |Read mode
Amanat Hadi keluar kerana Umno dulu teruk - PAS
Hari ini, 12:44 pm      Hari ini, 12:49 pm


Amanat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikeluarkan pada 1981 sesuai pada masanya kerana Umno di bawah kepimpinan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada ketika itu teruk.
Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Mahfodz Mohamed berkata Umno kini tidak seperti dahulu apabila parti itu mengambil pendekatan berbeza untuk mendekatinya, lapor Utusan Malaysia.
“Amanat Haji Hadi (Abdul Hadi) dikeluarkan ketika itu sesuai dengan waktunya kerana Umno di bawah kepimpinan Dr Mahathir waktu itu amat teruk, anti-Islam.

“Sekarang pendekatan kita berubah terhadap Umno sebab parti itu hari ini tidak macam Umno bawah Dr Mahathir dulu, bila kita beri penerangan hari ini, Alhamdulillah sedikit sebanyak diterima.
“Kalau dulu, asal Islam sahaja ditentang,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Mahfodz mengulas tindakan Dr Mahathir yang menyalahkan mufti kerana tidak menegur Amanat Hadi sehingga tercetusnya tragedi Memali pada 1985.
Justeru beliau mengulangi desakan sekali lagi supaya satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi merungkai kebenaran di sebalik tragedi Memali yang meragut 18 nyawa.
“Sebab itu, PAS bersetuju apabila ada pihak yang mencadangkan RCI ditubuhkan bagi siasat semula kes Memali ini. PAS sokong penuh.



“Biarkan satu suruhanjaya siasatan yang bebas buat kerja, siasat betul-betul siapa yang bertanggungjawab,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Naib Presiden PAS, Idris Ahmad turut membuat desakan yang sama supaya RCI itu diwujudkan.
“Biar RCI siasat, tidak tahu beliau (Dr. Mahathir) nak salahkan siapa pula esok. Sama ada beliau nak jawab tidak tahu, itu terpulang kepada beliau,” Idris dipetik sebagai berkata.


Read more at https://www.malaysiakini.com/news/407274#47KYltHh1cdFK4PY.99



Tun Mahathir jadi PM pada bulan Julai 1981
Amanat Haji Hadi diucapkan di Bonggol Paradong, Trengganu pada 7 April 1981


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-1-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita amanat tetiba konar memali? Ada relationship ke? RCI siasat sekalian duit derma pergi?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 11:17 AM | Show all posts
Kalau RCI itu resultnya salahkan ulamak masa tu mcmana?

sb tk ambek port bila hadi keluarkan amanatnya..... ( tp mufti perlis dah jwb dah...)

pada aku, islam sekrg dgn islam dulu di msia lbh kurang sama je klu dari pihak pemerintahan.... cuma beza sikit ialah skrg ni ramai di kalangan rakyat  yg mengaji & ada ilmu lebih skit dri dulu... byk la pendapat2 baru keluar hasil dari pengajian tersebut....

contohnya byk hadis2 yg dulu dipakai kira di kalangan melayu islam rupa hadis  palsu... (korang cari sendiri yang satu... err..lebih dari satu..)  ni nama nya perkembangan ilmu..ada gaduh2 sikit.. bkn perpecahan...

yg perpecahan tu..yg tk pg makan kenduri sama islam sb lain2 parti...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 10:50 AM | Show all posts
politik malaysia semakin jijik!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:53 PM GMT+8 , Processed in 0.141907 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list