Tular tentang video yang dikongsikan oleh Prof.Dr. Muhaya kerana dikatakan maklumat yang disampaikan tentang diet adalah tidak betul.
Sebagaimana yang kita tahu, Prof.Dr. Muhaya terkenal sebagai doktor pakar mata dan mempunyai klinik mata sendiri.
Beliau ditegur apabila yakin bercakap tentang diet pemakanan sedangkan ia tidak seimbang dan salah sama sekali.
Seorang dietetik bernama Farid Zul memperbetulkan kesalahan maklumat yang dikongsi oleh Prof.Dr.Muhaya agar ramai yang tidak salah faham dengan cara pemakanan untuk mengurangkan berat badan yang dikongsikan.
Jom kita baca apa kesalahan tersebut.
Netizen memberikan respon dan mengakui keliru dengan pelbagai pendapat yang terdapat di laman sosial pada masa ini.
Mereka turut memuji tindakan lelaki ini kerana menjelaskan keadaan sebenar dan mengelakkan lebih ramai yang keliru tentang diet.
Apa pula pendapat anda? Adakah sering terkeliru dengan fakta mengenai diet sihat? - CARI
|