CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3118|Reply: 6

Cupcake Tanggal Lagi! Apa Masalah Kau, Cupcake?

[Copy link]
Post time 4-1-2018 10:03 AM | Show all posts |Read mode
Dah cantik bayangkan kek cawan (cupcake) yang hendak disusun cantik untuk dijadikan sebagai hantaran atau kek perkahwinan, tetapi tiba-tiba semua kek itu tertanggal dari mangkuk kertas atau mangkuk plastiknya.




Alamak, apa nak buat ni?


Jangan panik. Cuba tengok balik apa yang tak kena, kemudian perbetulkan semula. Nanti marah Mak Long sebab dia dah pesan 100 biji.


Antara sebab cupcake sesuka hati nak tertanggal dari bekasnya:
1. Gunakan resipi kek yang 'sempurna' supaya kejadian kek elok kembangnya memenuhi acuan.
2. Pastikan suhu ketuhar pada tahap sesuai. Suhu ketuhar yang lama atau sering digunakan selalunya tidak tepat berbanding ketuhar baru.
3. Apabila menyejukkan cupcake di atas redai, jangan diletak rapat-rapat kerana suhu kek yang masih panas mungkin menyebabkan ia tertanggal.





Antara bahan utama dan cara membuat cupcake.



4. Tidak perlu melengser tin 'patty' sebelum meletakkan mangkuk kertas 'lembut, jenis kertas' (bukan jenis yg boleh 'tegak sendiri'). Minyak yg berlebihan pada tin punca kek tertanggal.
5. Isikan adunan 2/3 penuh. Jangan isi adunan terlalu sedikit kerana paper cup mudah tanggal kerana sebelah atasnya yang tidak ada adunan 'mengecut'.
6. Beberapa minit selepas cupcake masak, letak di atas redai dan biar sejuk. Jika dibiar lama dalam tin 'patty', kepanasan tin akan membuat kek renggang dari bekasnya.




Masalah negara kalau cupcake tanggal. Tolong!!
Foto: thepinkwhisk



Baru masak nampak cantik, lepas tu kalau tak kena gaya... hancur hati.
Foto: playingwithflour



7. Biarkan cupcake sejuk sebelum disimpan di dalam bekas bertutup atau peti sejuk.
8. Pastikan cupcake benar-benar masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar. Maknanya, tiada kesan jari apabila disentuh.




Cantik dimata, sedap dirasa.
Foto: wehearit



9. Pastikan suhu dapur tidak terlalu sejuk ketika cupcake dikeluarkan dari ketuhar.
10. Menggunakan ovalet / cake emulsifier yang sudah lama (walaupun belum tiba tarikh luput kadang-kadang bekas tak kedap udara, boleh masuk angin) juga boleh menyebabkan cupcake tanggal.




Pelbagai cara hiasan yang memikat selera.



KEK CAWAN VANILA
Bahan-bahan
125g mentega
100g gula kastor
2 biji telur
125g tepung berserbuk penaik
1 sudu besar esen vanila

Cara Membuat
1. Pukul mentega dan gula sehingga gebu.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul sehingga sebati.
3. Masukkan tepung dan esen vanila, kacau sehingga sebati.
4. Isikan adunan ke dalam bekas kek cawan. Bakar pada suhu 170°C selama 25 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan aising.








Cupcake sebenarnya boleh menjana kewangan kalau rajin ambil pesanan. Jadi, kalau tak mahu kerugian sekiranya ada yang tertanggal, ikuti panduan yang diberi, ya. - CARI





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 02:36 PM | Show all posts
I love cupcakes! Cuma tak pernah bake
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 05:34 PM | Show all posts
Mmmm dap nya cupcake. Nak satu boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 12:34 PM | Show all posts
aku benci...sampai now tak jadi2 frosting aku seperti dalam gambar....

apa salah ye....aku kalo buat x cantik, lembik semacam jah

kek dah sedap dah....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 03:39 PM | Show all posts
mmmm...dappp nyaaa
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:04 PM | Show all posts
no time anymore to cook
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-1-2018 11:24 PM | Show all posts
Cantiknya deko unt yg kawin tu.... teringin nak buat tapi x makan icing tu... rasa cam membazir plak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.039941 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list