CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2864|Reply: 8

Bro, Betulkah Anda Idamkan Anak Sulung Sebagai Calon Isteri?

[Copy link]
Post time 4-1-2018 11:04 AM | Show all posts |Read mode
Anak sulung sinonim dengan istilah 'gila kuasa'. Yalah, sebagai 'Kak Long kawasan', dia paling berkuasa. Kalau tak asyik membebel itu dan ini, pasti ada sahaja arahan yang keluar dari mulutnya.


Bukan itu sahaja, anak sulung biasanya dikatakan seorang yang garang dan tegas selain pandai berdikari. Pun begitu, adik-adik selalu cemburu kerana Si Along ini sering mendapatkan apa sahaja yang dimahukannya. Disebabkan dia anak pertama, selalu sahaja dapat pakaian atau barang baharu. Bila dah tak muat dipakai atau digunakan lagi, baru 'diturunkan' kepada adik-adik lain.


Tapi istimewanya anak sulung ini, dia sebenarnya sayangkan adik-adik dan selalu beralah terutama dengan Si Bungsu. Kadang-kadang, dia yang banyak berjasa dan berkorban untuk adik-adik.


Ada juga yang berkata, nak sulung perempuan paling sesuai jadi calon isteri idaman! Wah, betul ke? Jom kita tengok apa sahaja keistimewaan anak sulung yang dipetik dari asyikheboh.bid ini.




1) Jujur


Foto: musliminc.com





Anak sulung selalunya bersifat jujur. Jadi janganlah risau! Anda pasti tidak akan ditipu isteri tersayang nanti. Jujur itu kan sangat penting dalam sesebuah perhubungan? Maka amat beruntunglah anda jika memiliki isteri dari kalangan anak sulung.


2) Optimistik dan berdikari



Foto: Charkhan.com





Anak sulung juga seorang yang optimistik dan sangat berdikari. Wow! Bukan senang nak cari perempuan yang suka berdikari ni kerana kebanyakan perempuan terkenal dengan sifat manjanya dan kebergantungan pada orang lain. Eh, jangan marah dulu. Bukan semua perempuan begitu, hanya segelintir sahaja, okey.




3) Menjadi pelindung terbaik







Foto: Life.idntimes.com




Sudah menjadi kebiasaan anak sulung menjadi pelindung terbaik buat keluarganya. Alahai, beruntungnya dapat beristerikan anak sulung yang sudah pasti akan melindungi anak-anak anda. Bukan bermaksud ibu lain tidak melindungi anak mereka, cuma sifat melindungi anak sulung ini 'luar biasa' sedikit.




4) Pandai memasak


Foto: Consumer Energy Alliance





Selain pelindung, anak sulung juga seorang yang pandai memasak. Memang buncitlah anda jika dapat isteri pandai memasak. Tiada lagi soal makan tidak cukup!




5)Pendengar setia

Foto: Buzz Nigeria



Sudah terbiasa mendengar celoteh adik-adik, secara tak langsung isteri juga menjadi pendengar setia suami. Bukan itu sahaja, dia juga boleh mengawal segala situasi rumah tangga dengan tenang. Bukan mudah ya wahai encik suami.




6) Rajin

Foto: The Telegraph



Sudah pastinya anak sulung juga seorang yang rajin. Maklumlah selalu mengambil alih tugas ibu, jadi sudah terbiasa dengan melaksanakan tugas di rumah serta mempunyai semangat luar biasa dalam menguruskan keluarga dengan sebaiknya.



7) Calon ibu terbaik


Foto: Friendszirmedicalcenter.org




Nak tahu kenapa? Ini kerana, isteri anda sudah terbiasa menguruskan adik-adiknya. Jadi, sudah tentulah anak sulung perempuan boleh menjalankan tugas sebagai ibu yang terbaik nanti!





Setiap anak dianugerahkan Tuhan mepunyai kelebihan tersendiri, dan sudah semestinya setiap perempuan tidak kiralah anak kedua, ketiga mahupun anak bongsu, pasti boleh menjadi calon isteri yang baik dalam menguruskan rumah tangga. Jadi, jangan pula 'gila' menunggu calon isteri anak sulung, nanti jadi bujang terlajak pula. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaklong sy semua berlawanan ciri2 kt atas..jd tkleh nk caya gak..
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nampak gaya ank sulung tendency jd kuli batak laki dia{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 02:10 PM | Show all posts
me anak sulung n the only girl...sume diatas ada yang betul n tak...datang baran aku, laki aku pun kena hamun. tegas tu yes, pandai masak tu utk perut laki n anak3 boleh la..jujur tu xla sngat tapi kalo dapat laki yg jenis kena cakap direct baru paham, nak wat mcmana kan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 03:04 PM | Show all posts
aku anak sulung, biasa yg ppn sulung ni biasanya lambt kawin..mgkin kot...garang tu perkara biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Btol las ksemua yer tu,
Sbb saya pun Sulong
{:childlike
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2018 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
pearl.silver: Nampak gaya ank sulung tendency jd kuli batak laki dia{:dot

Oooppsss...ye xye jugak kann
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 04:34 PM | Show all posts
I anak sulung and honestly garang la kot. Thats why org takut nak dekat haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-3-2018 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
yg sulung ni pun biasanya paling awet muda, kulit pun paling cantik.. banyak dah nampak ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.498688 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list