CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2278|Reply: 7

Suka Tidur Dengan Lampu Menyala? Hentikan Kerana...

[Copy link]
Post time 4-1-2018 11:37 AM | Show all posts |Read mode
Dah menjadi kebiasaan tak sempat nak tutup lampu atau televisyen sebelum tidur. Tak kurang juga yang sudah menjadi tabiat dari kecil tidak boleh tidur dalam gelap. Takut mungkin, atau memang sukar melelapkan mata jika berada dalam gelap.




Foto: libertasintel.wordpress.com




Tahukah anda, tidur dengan lampu menyala akan memberi kesan buruk terhadap kesihatan seperti tekanan dan kanser. Malah, tidur juga akan menjadi lebih kerap terganggu.


Ia membuatkan jam biologi tubuh mudah terganggu, seperti kita bereaksi untuk terjaga apabila cuaca mulai pagi dan kembali tidur apabila cuaca kembali gelap. Ibaratnya tiada siang dan malam, kerana tubuh hanya tertumpu pada cahaya lampu yang dipasang setiap hari.




Foto: Odyssey




Chronobiology International turut melakukan kajian bahawa cahaya dari lampu ketika tidur menyebabkan kanser payudara. Selain itu, ia juga mendorong kepada perubahan emosi dan menyebabkan tekanan. Kalau salah gaya, boleh terkena penyakit darah tinggi.


Awas juga kepada pekerja yang melakukan kerja shif malam. Ini kerana mereka lebih terdedah kepada cahaya yang menyebabkan mudah mengalami obesiti dan menyebabkan gangguan menstruasi.  




Foto: Sleep Number




Maka, sebaiknya tidur dengan lampu yang ditutup. Tutup televisyen dan skrin komputer juga. Kalau takut juga, cuba guna lampu malap dan diletakkan di sudut bilik atau rumah. Semoga info ini bermanfaat buat anda. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku tidur dengan lampu led tapi aku hadang lampu tu dengan kotak supaya cahaya tak terang sangat. Lampu tu jenis pasang kat plug jadi aku letak jauh dari katil.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Iolls mmg suka tido dlm bilk gelap gulita {:spec
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 03:50 PM | Show all posts
SecretLuv replied at 4-1-2018 01:53 PM
Aku tidur dengan lampu led tapi aku hadang lampu tu dengan kotak supaya cahaya tak terang sangat. La ...

Sama. I pun hadang lampu tu supaya cahaya yang sampai kat i cuma samar-samar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2018 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
iols biasenya mmg tido dlm glap.. tp kalo tgk cite seram ke hantu ke mmg buka lmpu la jwbnya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2018 07:22 PM | Show all posts
Aku takut hantu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2018 09:57 AM | Show all posts
heran gak eh..apa alasan yang suke tido dalam terang nih..depa kata takut hantu..
tapi pada iols logiknye..lau gelap gulita..xkan nampak hantu...
lain la cerah..mate pun tekedip2 takleh tido...
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2018 12:47 PM | Show all posts
Satu lagi tidur dengan ada cahaya kerana takut dengan binatang yang merayap spt lipas ke, ular ke dll
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 03:12 PM GMT+8 , Processed in 0.217985 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list