CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6532|Reply: 1

Model yang bakal dilancarkan di Malaysia pada 2018

[Copy link]
Post time 4-1-2018 02:36 PM | Show all posts |Read mode



Tahun baharu dimeriahkan dengan pengenalan Kia Picanto pada Januari ini.


Pasaran kenderaan Malaysia dijangka akan terus berkembang bagi tahun 2018 dengan pelancaran beberapa model menarik seperti berikut:


Kia Picanto.

Membuka tirai tahun ini adalah Kia Picanto baru yang akan dilancarkan pada bulan ini. Model segmen A ini sebenarnya sudah membuat kemunculan di bilik pameran Kia Red Cube Johor Bahru pada bulan Ogos diikuti dengan acara Malaysia Autoshow 2017 pada November tahun lalu.

Picanto dijangka akan membawa senarai kelengkapan terkini yang merangkumi paparan audio 7 inci, Cruise Control, kamera undur dan Tyre Pressure Monitoring System (TPMS). Ia juga dilengkapi dengan Autonomous Emergency Braking (AEB), namun tidak dapat dipastikan jika ciri itu akan disertakan pada model spesifikasi tempatan


Toyota Harrier Turbo.

SUV yang popular dikalangan ahli perniagaan ini akan dibawa masuk secara rasmi oleh UMW Toyota dalam dua versi iaitu 2.0T Premium (RM238,000) dan 2.0T Luxury (RM259,900). Harga itu termasuk jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan yang pastinya akan memberi ketenangan kepada pemilik.

Ia dijana oleh enjin pengecas turbo 2.0-liter empat silinder baru dengan kuasa berjumlah 231PS dan 350Nm. Aspek keselamatan pada model terbaru ini juga dipertingkatkan dengan sistem bantuan pemandu Toyota Safety Sense.


Toyota C-HR.

Seteru kepada Honda HR-V ini menerima sambutan yang begitu menggalakkan sejak kali pertama ia dipertontonkan di Malaysia.

Model ‘crossover’ dengan reka bentuk agresif ini menampilkan enjin 1.8-liter empat silinder Dual VVT-i  yang dipadankan dengan transmisi jenis CVT. Antara ciri keselamatan yang disertakan termasuklah tujuh beg udara, Vehicle Stability Control, Traction Control, Blind Spot Monitor serta Rear Cross Traffic Alert.


Range Rover Velar.

Diperkenalkan di peringkat global pada awal 2017, Range Rover Velar sudah disahkan akan memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua tahun ini.

Berada di antara Range Rover Evoque dan Range Rover Sport, Velar didatangkan dengan beberapa pilihan enjin petrol dan diesel dengan tahap kuasa dari 180PS hingga 380PS. Jaguar Land Rover Malaysia (JLRM) bagaimanapun masih belum mengesahkan varian mana yang akan ditawarkan.


Volvo XC60.

Selepas memperkenalkan XC90, S90 dan V90, Volvo dilihat akan terus memperkukuhkan kedudukannya di negara ini dengan SUV saiz pertengahan terbaru yang bakal menembusi pasaran pada awal tahun ini.

Sama seperti model sedia ada, XC60 baru dijangka akan ditawarkan dengan pilihan enjin petrol T5 dan T6. Ia juga boleh didapati dalam versi T8 Twin Engine namun ia mungkin terlalu mahal untuk kenderaan dalam segmennya.


Mitsubishi Xpander.

MPV yang berasaskan model konsep XM ini dilancarkan di Indonesia pada Ogos tahun lalu. Ia dipasang di Jawa Barat dan menurut laporan, sedia dieksport ke negara-negara ASEAN bermula dari Filipina, diikuti oleh Malaysia, Thailand dan Vietnam.

Xpander mempunyai 104PS dan 141Nm tork yang dibekalkan oleh enjin 1.5-liter empat silinder DOHC MIVEC. Ia ditawarkan dengan dua pilihan transmisi iaitu manual lima kelajuan dan automatik empat kelajuan.


Proton Boyue?

Kenderaan yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia pastinya SUV keluaran Proton yang dibangunkan berasaskan Geely Boyue. Ia dikatakan akan dilancarkan hanya pada lewat tahun ini.

Proton mahupun Geely masih belum mendedahkan spesifikasi bagi pasaran tempatan, namun di China, model ini didatangkan dengan enjin aspirasi natural 2.0-liter dengan 161hp dan enjin pengecas turbo 1.8-liter dengan 181hp dan 285Nm.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2018 05:36 PM | Show all posts

cer baca review satu persatu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:38 PM GMT+8 , Processed in 0.074184 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list