|
Siapa antara anda yang suka makan Dim Sum? Ia merupakan makanan ‘bite size’ sesuai untuk mereka yang tak gemar sangat makan banyak.
Lebih kurang dengan Tapas, iaitu makanan 'bite size' dari Sepanyol, cuma bahan-bahan dan rempah yang digunakan mungkin berbeza.
Pelbagai teknik digunakan untuk memasak Dim Sum antaranya dikukus, digoreng dan juga dibakar.
Foto: Dim Sum Chabura FB
Kalau ada rancangan nak ke Selatan Thailand, Hat Yai jangan lupa singgah ke Chabura Dimsum HALAL untuk pelbagai pilihan Dim Sum murah lagi sedap.
Selain Dim Sum, restoran ini turut menyediakan hidangan goreng, menu makanan Thai yang biasa seperti Tom Yam, kerabu mangga dan lain-lain.
Foto: Dim Sum Chabura FB
Ia dibuka seawal pukul 6 pagi hingga 2 petang. Jadi anda bolehlah datang untuk sarapan.
Ada pekerja restoran yang fasih berbahasa Melayu, memang mudah untuk berkomunikasi nanti. Dimiliki oleh seorang usahawan muda Muslim Thailand, restoran ini memang menjadi tumpuan pelancong dari serata dunia.
Harga makanan di sini memang murah-murah! Hidangan kecil Dim Sum berharga 15 baht, manakala hidangan besar pula berharga 20 baht.
Foto: Dim Sum Chabura FB
Pelbagai menu anda boleh pilih antaranya ayam siew mai, cendawan, bebola ikan udang, pau kacang, sup ketam dan banyak lagi yang sebut pun dah kecur air liur!
Foto: Dim Sum Chabura FB
Kalau ke Hat Yai memang tak sah kalau tak pekena teh tarik ais Hat Yai yang terkenal tu! Ia turut dihidangkan di restoran ini, tukang tarik teh pun mengancam, pasti lebih terangkat!
Foto: Dim Sum Chabura FB
ALAMAT:
Chabura Dimsum HALAL
T.Klong hae A.Hatyai
Songkhla 90110
Thailand
Hubungi: 091-0472105, 091-0471206
Jomlah ke Hat Yai untuk cuti hujung minggu ini! -CARI |
|