Foto: Puan Norzaiwi Ismail menerusi FB Mingguan Wanita
Jika anda mempunyai roti luput tempoh di rumah, jangan dibuang sebab ada kegunaannya untuk tanaman.
Menjimatkan betul! Dah tak perlu beli baja organik di kedai. Dengan hanya lebihan roti pun kita boleh hasilkan baja organik buatan sendiri, malah ia mampu menyuburkan tanaman untuk lebih cepat berbunga.
Foto: Mail Online
Jom cuba tip dari Puan Norzaiwi Ismail ini! Anda cuma perlukan empat keping roti dan dua liter air. Semudah ABC sahaja!
Cara membuat:
1: Ambil empat keping roti dan rendamkan dalam air selama seminggu
2: Selepas seminggu, air tadi ditapis dan campur sedikit air lain sebelum disiram pada pokok
Foto: mamasya2.blogspot
Menurut Puan Norzaiwi, sebaiknya air yang digunakan ialah air hujan atau air paip yang ditadah dan dibiarkan semalaman. Kenapa? Sebabnya untuk menghilangkan klorin pada air tersebut. Selepas itu, bolehlah disiram setiap hari dan lihat hasilnya nanti.
Selamat mencuba, ya! - CARI |