View: 1587|Reply: 5
|
Tukang Besi Dera Anak OKU Dengan Besi Panas
[Copy link]
|
|
Seorang tukang besi ditahan kerana dituduh terbabit mendera anak lelakinya yang baru berusia sembilan tahun di Kampung Rambai Padang, Pendang.
Perbuatan mendera mangsa yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU) itu terbongkar selepas guru sekolahnya mendapati terdapat kesam lebam di muka dan kesan lecur di kedua-dua tapak kakinya.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid berkata,
"Guru mangsa ternampak kanak-kanak itu datang ke sekolah dengan kesan lebam di muka dan apabila guru berkenaan bertanya selanjutnya kepada mangsa, kanak-kanak itu memberitahu bahawa dia ditumbuk oleh bapanya.
“Pemeriksaan selanjutnya oleh guru berkenaan terhadap kanak-kanak itu mendapati terdapat kesan melecur di kedua-dua belah tapak kaki mangsa dan mangsa mendakwa terkena besi panas.”
Gambar Hiasan
Berita Harian melaporkan, guru tersebut membawa kanak-kanak berkenaan ke Balai Polis Pendang sebelum ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Polis kemudian menahan bapa berusia 34 tahun di rumah mereka untuk siasatan lanjut dan berdasarkan siasatan awal, kita mendapati mangsa OKU yang mengalami masalah pembelajaran.
“Pemeriksaan di hospital mendapati terdapat kesan melecur di kedua-dua bahagian tapak kaki dan bengkak di bahagian mata sebelah kiri dan mangsa kini masih berada dalam keadaan trauma selepas kejadian itu.
"Kita juga akan soal siasat ibu mangsa dan beberapa individu bagi membantu siasatan untuk mengenalpasti motif kejadian."
Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Vangsat punya bapa, sebbek cikgu prihatin |
|
|
|
|
|
|
|
kenapalah diperlakukan sedemikian rupa |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah....
ada cikgu yg prihatin... keep the good work teacher... |
|
|
|
|
|
|
| |
|