Bayangkan sebuah pulau yang hanya muat-muat 'sebiji' rumah. Menarik, kan? Pulau kecil 'Just Room Enough Island' (Pulau Muat 'Sebilik') ini terletak di Teluk Alexandria, New York.
Macam seronok saja tidak dikelilingi jiran tetangga. Tiada sesiapa nak memekak malam-malam buta. Tapi kalau mengikut pepatah, jadi macam kera sumbang pula, hidup jauh dari kawasan kejiranan begini.
Di kelilingi air laut, cantik kan?
Pulau ini adalah salah sebuah di antara 1,864 pulau di Sungai St. Lawrence yang memisahkan New York dengan Ontario. Keluasannya hanya muat untuk sebuah rumah dan sebatang pokok. Itu saja!
Menurut Conde Nast Traveler, pulau itu adalah sebahagian daripada Pulau Seribu Nusantara. Wah, aman damai kalau hidup bertemankan bunyi ombak seperti ini. Tapi, bagaimana jika ada kapal tiba-tiba lalu di kawasan berkenaan?
Nak ke mana-mana kena naik bot.
Suatu ketika dahulu pulau ini dikenali sebagai Pulau Hub dan ironinya, ia dibeli oleh sebuah keluarga bernama Sizelands pada tahun 1950. Keluarga itu menanam sebatang pokok dan membina sebuah rumah meliputi semua kawasan bertanah. Keluarga Sizelands memberi nama pulau mereka 'Just Room Enough Island'.
Foto satelit kedudukan pulau istimewa ini.
Pada mulanya, Sizelands menjadikan pulau itu sebagai penginapan hujung minggu, tetapi perhatian daripada pelancong yang datang memusnahkan rancangan mereka.
Pulau seluas 3,300 kaki persegi atau satu per tiga belas ekar itu hanya seluas gelanggang tenis. Saiznya hanya separuh Bishop Rock, yang menurut Guinness Book of World Records adalah pulau paling kecil dihuni manusia.
Rumah api di Bishop Rock (kepulauan Inggeris Scilly)
Foto: axelbachmeier
Ada juga pulau kecil seperti ini di negara kita, tetapi tiada pula yang membina rumah di situ. Jadi, tiada apa yang nak disensasikan, betul tak? Mana tahu, takut pula ada buaya bersidai depan rumah nanti.
Ada yang berangan mahu rumah di atas pulau kecil seperti ini? Boleh memancing setiap hari! - CARI
|