CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2545|Reply: 8

11 Kesilapan Anak Muda Uruskan Kewangan, Jadikan Lifestyle Huru-Hara

[Copy link]
Post time 5-1-2018 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Pengurusan kewangan sangat penting bagi menjamin masa depan terutama sekali bagi anak-anak muda yang seringkali tewas dalam melawan nafsu sehingga ramai yang dibelenggu dengan masalah kewangan dan bebanan hutang.


Jom kita ikuti 11 kesilapan yang biasa dilakukan oleh anak-anak muda yang dikongsi melalui Halalmoney.my.








Kesilapan #1 : Kereta
Tak salah beli kereta, tapi ramai beli kereta yang salah. Ramai beli ikut kemahuan, bukan ikut keperluan. Baru kerja beberapa bulan terus angkat kereta baru jenama luar negara. Proton dan Perodua takde kelas katanya.


Nak beli kereta, cuba ikut formula ini:


✔ 20:5:15
➡ 20% downpayment
➡ 5 tahun tempoh pembiayaan (lebih rendah lebih baik)
➡ 15% gaji untuk ansuran bulanan (lebih rendah lebih baik)


✔ Gaji x 12 bulan = harga kereta
➡ 3,000 x 12 bulan = 36,000
➡ 1,500 x 12 bulan = 18,000






Kesilapan #2 : Rumah
Bagus sebenarnya beli rumah muda-muda, nanti boleh terus cari isinya (orang rumah). Tapi malangnya ramai nak beli rumah yang salah iaitu rumah kemahuan, bukannya beli rumah keperluan. Impian nak rumah banglo tapi tak mampu hingga akhirnya tak beli rumah langsung.


Nak beli rumah kena buat benda ini:


✔ kumpul duit deposit
✔ belajar ilmu hartanah samada secara percuma atau berbayar
✔ beli rumah below market value
✔ rumah pertama kecil dan harga sederhana pun takpe
✔ jaga CCRIS dan CTOS



Kesilapan #3 : Personal Loan
Mula kerja terus buat personal loan, kononnya untuk reward diri dengan beli barang kemahuan. Naik gaji terus kambus dan gali kembali – topup loan.








Kesilapan #4 : Kad kredit
Seronok bila bank tawar kad kredit masa buat personal loan atau beli rumah atau beli kereta. Bantai terus semuanya. Guna had semaksimum mungkin tapi bayar seminimum yang boleh.


Guna terus bayar. Kalau dah bertimbun, aim setelkan dalam 3-6 bulan. Pulun kerja demi kosongkan kad kredit anda.




Kesilapan #5 : CCRIS
Tak jaga bayaran ansuran kereta, personal loan dan rumah serta PTPTN. CCRIS tercatat angka 1, 2, 3 dan seterusnya. Bank pun takut nak bagi pembiayaan tambahan.


Sekarang boleh semak CCRIS online, ini langkahnya:


1. Dapatkan PIN di kiosk CCRIS di Bank Negara Malaysia
2. Daftar online (perlukan nombor PIN) di https://eccris.bnm.gov.my/eccris/pages/sec/login.xhtml#!



Kesilapan #6 : Simpanan
Belanja dulu baru simpan, tapi malangnya belanja sampai takde baki. Maka takdelah simpanan.


Cara betul ialah simpan dulu, baru bakinya buat belanja. Kalau tak cukup duit belanja, kurangkan perbelanjaan atau buat pendapatan sampingan.






Kesilapan #7 : Pelaburan
Konon melabur tapi terjoin skim cepat papa. Ada juga melabur ikut ‘sifu’, bukan ikut kefahaman sendiri atas risiko pelaburan.


Kena belajar banyak-banyak secara proaktif, cukup ilmu, dan pertimbangkan risiko pelaburan sendiri. Kemudian baru join.


Nak belajar pelaburan ada banyak cara. Ada yang percuma di facebook dan google, dan ada juga yang berbayar.



Kesilapan #8 : Perlindungan
Terpedaya dengan misleading agen! Takaful dijadikan simpanan dan pelaburan. Takaful adalah perlindungan! Ingat saya ulang sekali lagi TAKAFUL ADALAH PERLINDUNGAN.


Nak ambil banyak mana? Ikutlah berapa banyak yang nak dilindungi. Sebaiknya jangan bayar melebihi 10% gaji. Fokus untuk perlindungan, bukan pelaburan atau simpanan.





Kesilapan #9 : Perkahwinan
Tak, kahwin tak salah, tapi kebanyakan orang buat salah untuk kahwin. Habis duit puluhan ribu untuk majlis. Jadi raja sehari, tapi hamba bank berhari-hari, mungkin sampai mati.


Sebenarnya majlis nak raikan pengantin atau nak menunjuk kepada hadirin?







Kesilapan #10 : Pekerjaan
Pilih kerja. Sanggup tunggu berbulan-bulan hingga dapat kerja yang sesuai. Takpun suka lompat-lompat kerja.


Ingat yang paling lambat masuk adalah yang paling awal keluar bila bos nak kurangkan saiz pekerja. Zaman ini susah nak dapat kerja ideal bukan senang. Kerjala dulu apapun dan upgrade dari semasa ke semasa.



Kesilapan #11 : Cukai
Tak isytihar cukai sebab haram cukai katanya. Takpun sebab nak jadi lebih kaya.


Tau tak, penyata cukai ni adalah bukti pendapatan yang kebanyakan bank akan tengok untuk tally dengan slip pendapatan.


Bayar cukai itu tanggungjawab kita.


Semoga bermanfaat! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-1-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ooo boleh check CCRIS online ke sekarang? Baru tau
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 04:57 PM | Show all posts
Kurang kemahiran dalam menguruskan kewangan mana tak bangkrup
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
baru keje da balon pakej loan keta&personal bank rakyat

hujung2 tersontot tak bleh byr blame bijan kos tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 07:12 PM | Show all posts
moonbug replied at 5-1-2018 04:53 PM
Ooo boleh check CCRIS online ke sekarang? Baru tau

Baru check eCCRIS ni. Rupanya untuk register, kena pergi BNM HQ/branch untuk dapatkan no pin lepas tu barulah boleh login ke eCCRIS ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2018 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Memenuhi selera yang mengatasi kemampuan. Bajet lah kewangan tu sebaiknya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-1-2018 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
No 8 tu betul.. agent auta soh buat simpanan konon.. itu perlindungan.. x pasai2 kena commit.. byk benda lagi nak bayar.. bila berlaku kecemasan, bukan boleh keluarkan duit..
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2018 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
nombor satu dah silap dah saya buat
beli kereta dua dua  zero down payment
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2018 02:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cari suami kaya kalau suka shopping.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 10:38 AM GMT+8 , Processed in 0.067722 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list