View: 3598|Reply: 9
|
[Idea]
Malaysia Sebagai Negara Maju 2020
[Copy link]
|
|
Edited by skinskin at 7-1-2018 09:34 PM
Menjelang tahun 2020, Malaysia dapat menjadi negara bersatu, dengan masyarakat Malaysia yang yakin, mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan makmur, dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang bersaing, dinamik, cergas dan kental.
Bolehkah kita mencapai sasaran ini. Apa pendapat anda?
sumber: pmr. penerangan. gov. my |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 8-1-2018 09:38 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
kene majukan pemikiran/mindset rakyat malaysia kalau nak menjadi negara maju.. contohnya sistem perbankan/perniagaan sekarang bergerak kearah sistem digital tetapi rakyat masih tidak mahu berubah kearah itu kerana mindset mereka mengatakan perubahan itu menyusahkan.. tetapi mereka lupa dgn perubahan kearah digital akan menguntungkan bukan sahaja masa tapi kos kita |
|
|
|
|
|
|
|
Sebagai rakyat,usaha untuk mantapkan kewangan. Kerja betul2 dan pertingkatkan ilmu. MRT pun dah ada kan.so convenient As rakyat negara sebelah, i wish Malaysia all the best.
Semoga semakin maju and makmur, aman damai and economy mantap and also stronger currency. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana nak maju kalau hutang negara masih tinggi hurmm.. walau apa2 pon masih lagi berharap ekonomi malaysia akan ada perubahan yang drastik dalam jangka masa 2 thun ni. insyaAllah teruskan berdoa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan menjadi negara maju dengan caranya yang tersendiri tanpa terikat cara dan corak negara maju yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-mata malah ia akan meliputi kewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan nilai agama, moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.
Wawasan 2020 sebuah visi negara yang sudah lama diperkatakan tapi tidak pernah luput dari ingatan rakyat Malaysia. Ia secara tidak langsung telah menjadi aspirasi dan tenaga penggerak untuk menjana golongan optimistik dan futuristik agar bergerak dengan mampan dan jitu. Kejayaan merealisasikan wawasan ini akan menjadikan negara kita lebih disegani dan dihormati di mata dunia menjelang tahun 2020. Menjadikan wawasan 2020 sebagai satu kenyataan bukanlah satu tugas yang mudah. Ia memerlukan pengorbanan dan seterusnya perjuangan yang tidak berbelah bagi daripada pemangkin wawasan 2020. Siapakah pemangkin wawasan 2020 ? Mereka adalah golongan yang kini masih menduduki bangku persekolahan dalam peringkat rendah kepada peringkat institusi pengajian tinggi samada dalam atau luar negara.
Ke mana arahnya masa depan Negara dan peranan yang boleh dimainkan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara perindustrian dan sebuah Negara yang maju sepenuhnya pada tahun 2020. Kemajuan yang hendak dicapai itu bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga meliputi semua bidang termasuk politik, social, kejiwaan, psikologi, taraf hidup dan perpaduan.
Menjelang tahun 2020 juga, Malaysia boleh Negara yang bersatu, dengan masyarakat yakin mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, hidup dalam masyarakat yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil dari segi pengagihan ekonomi, progresif dan amkmur serta mempunyai penguasaan sepenuhnya dalam ekonomi yang bersaing, dinamik, giat dan kental.
Akan tetapi sebelum diwujudkan Malaysia yang maju sepenuhnya, Perdana Menteri menggariskan terlebih dahulu sembilan cabaran yang harus diatasi iaitu :
Cabaran Pertama
Membentuk Negara Malaysia bersatu yang bersatu padu .
Cabaran Kedua
Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan mempunyai keyakinan diri
Cabaran Ketiga
Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang.
Cabaran Keempat
Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika.
Cabaran Kelima
Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur.
Cabaran Keenam
Mewujudkan masyarakat yang saintifik dan progresif.
Cabaran Ketujuh
Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi.
Cabaran Kelapan
Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi.
Cabaran Kesembilan
Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, giat dan kental. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Daripada risaukan hutang negara, lebih baik cari jalan nak minimize hutang sendiri, dan cari peluang utk tambah property (buat hutang baik yg baru)
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Sensei.lx at 12-1-2018 11:03 PM
Teringat zaman school. Wawasan 2020 ni rasa jauh sgt. Ada walking flying robot ke by then. The naivety of a child kan.
But sadly no. 2 years from now, rasa not yet. Belum blh achieve.
Semua nak maju. Serba moden but at the current mentality of our society. Honestly are we ready for that much change and improvement? Nak suruh tukar kad bank pun take more than a year.
Food for thought. Happiness is also important. Ultra modern cities have very high depression and suicide rate. Maybe we should think not just how fast our trains are but how happy we are.
Focus on ourself first. Start small than go bigger.
I think we need to move past just solely blaming the government. We need to look within us. Within our immediate family. Our workplace. Our neighborhood. Our society than we look at the country. Perbaiki diri sendiri before blaming kan.
Jauh lagi kita nak setanding even singapore.
Sedih jugak kita basic necessity pun x diprovide betul betul.Takyah highest internet speed ke. Tambahkan hospital. Perbaiki apa yg diperlukan rakyat.
Org kita pun dpt BR1M, terus beli hp. Maaf kalau ada yg terasa. Sekadar pendapat. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by seribulan at 15-1-2018 01:09 PM
Proton Dijangka Perkenalkan Kereta Terbang Seawal Tahun 2019 Oleh Azam A • Automotif •
November 26, 2017
Kita mungkin semakin hampir untuk melihat kereta terbang di ruang udara Malaysia jika Proton berjaya menghasilkan kereta terbang ini pada tahun 2019. Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Li Chunrong berkata Proton akan menghasilkan 3 model kereta canggih untuk pasaran Malaysia seawal 2019.
Menurut Free Malaysian Today, 3 model berkenaan adalah kereta pemanduan automatik, kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan satu model kereta terbang. Selain itu, Proton juga akan menaikkan kualiti 6 model yang sedia ada untuk meningkatkan daya saing Proton dengan jenama-jenama kereta lain yang ada di pasaran Malaysia.
24 Mei lalu, DRB-Hicom mengumumkan penjualan 49.9% sahamnya dalam Proton kepada Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely), gergasi automotif China yang sebelum ini turut mengambil alih jenama Volvo dari Sweden.
Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) mengambil alih saham Proton sebanyak 49.9% pertengahan tahun ini dan syarikat gergasi China ini juga turut membeli jenama kereta terkenal dari Sweden, Volvo.
Kereta terbang ini bukan satu cerita dongeng dan kemungkinan besar ianya dapat dihasilkan pada tahun 2019. Geely telah membeli syarikat kereta terbang start-up Amerika Syarikat, Terrafugia dengan satu nilai yang tidak dinyatakan baru-baru ini.
Terrafugia yang ditubuhkan pada tahun 2006 mempunyai teknologi untuk menghasilkan kereta terbang. Dengan adanya kepakaran dan tenaga kerja di Proton, ianya dapat mempercepatkan lagi proses untuk menghasilkan kereta ini; sekurang-kurangnya satu prototype yang berfungsi sepenuhnya untuk terbang.
Gambar hiasan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 15-1-2018 02:11 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sensei.lx replied at 12-1-2018 11:02 PM
Teringat zaman school. Wawasan 2020 ni rasa jauh sgt. Ada walking flying robot ke by then. The naive ...
kerja bank ke sis |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|