CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1673|Reply: 3

Awas! Anak Anda Mungkin Murung Jika Kurang Terima 'Like' Di Media Sosial

[Copy link]
Post time 8-1-2018 09:52 AM | Show all posts |Read mode
Seawal usia 8 tahun, kanak-kanak mula terdedah dengan media sosial. Mana tidaknya mereka kadang-kadang lebih arif menggunakannya berbanding kita dewasa. Kadang-kala, kita pula yang terpinga-pinga seperti rusa masuk kampung.




Foto: YourDOST




Malah, sebilangan besar menjadikan media sosial seperti Facebook, Instagram, WeChat, WhatsApp dan lain-lain sebagai kayu ukur diri mereka.


Macam mana tu?


Katanya, kalau menerima banyak 'Like', bermakna mereka diterima dan disukai begitu juga sebaliknya.




Foto: cnbc



Aduhai, parah juga ni! Dari mana datang pemikiran sebegini?


Ada juga yang sanggup mengubah tingkah laku semata-mata kerana mahu 'diterima' di media sosial. Kecil-kecil dah pandai jadi hipokrit hanya kerana mahu dihargai.


Begitu besar impak media sosial terhadap kanak-kanak sehingga 'merosakkan bagaimana masyarakat berfungsi' menurut bekas eksekutif Facebook, Chamath Palihapitiya, lapor Astro AWANI.




Foto: linkedin.com




Kajian yang turut dilakukan Pesuruhjaya kanak-Kanak England, Anne Longfield ke atas kanak-kanak berusia 8 hingga 12 tahun juga mengesahkan beliau merasa bimbang kanak-kanak ini akan mudah menghadapi tekanan apabila menginjak ke sekolah menengah oleh kerana dunia mereka mula berkembang.


Antara respon yang diberikan kanak-kanak menampakkan ketagihan di media sosial:

"Apabila anda dapat 50 'likes' ia buat anda rasa bagus sebab anda tahu anda kelihatan baik dalam foto itu," Harry, 11.

"Anda mungkin membandingkan diri anda kerana anda tidak begitu cantik berbanding dengan mereka," Aimee, 11.




Foto: Celeb Baby Laundry




Harap ibu bapa sentiasa memantau aktiviti anak-anak di media sosial. Bukan apa, takut mereka jadi hamba teknologi. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2018 11:33 AM | Show all posts
jgn kata ibu bapa.. org dewasa pun ade yg rse gtu jgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 01:59 PM | Show all posts
cabaran hidup di zaman teknologi ni..zaman acik dulu xde lg media sosial ni..zaman skrg kalau biar anak main kt luar pun risau,main kt rumah ngadap hp pun risau..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2018 05:16 PM | Show all posts
Yang dewasa pun kadang2 terkesan apatah lagi kalau kanak2 kena ajar mereka jangan jadi taksub akan benda2 sebegitu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.321361 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list