CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2305|Reply: 0

Penting! Cara Mudah Elak Makanan Syubhah Ketika Anda Travel

[Copy link]
Post time 10-1-2018 11:24 AM | Show all posts |Read mode
Kalau travel keluar negara, perkara utama yang perlu kita ambil perhatian ialah tempat untuk makan. Sebagai seorang islam, halal dan haram dalam makanan perlu diambil kira.

Kadang kala kita akan rasa was-was untuk makan di sesuatu tempat sebab tidak yakin dengan status halal makanan yang disajikan.



Walaubagaimana sekalipun, sebagai serang Islam, kita dituntut untuk mencari sesuatu yang halal tidak kira walau di mana sahaja kita berada. Jom cuba tips untuk elakkan makanan syubhah ketika anda sedang travel.

1. Membuat reseacrh di internet tentang tempat makan halal.

Sekarang ni mudah sahaja kan. Semua benda boleh di cari di dalam internet. Sebelum memulakan perjalan atau travel tu, ada baiknya kalau kita membuat sedikit study atau research tentang tempat yang akan kita pergi. Buat senarai tempat makan yang menghidangkan makanan halal supaya kita tidak terpinga-pinga bila tiba disana nanti




2. Cari tempat makan vegeterian

Jika tidak dapat mencari tempat makan yang halal, untuk menghilangkan syubhah, boleh juga anda pergi ke restoran atau gerai yang menghidangkan makanan vegeterian ataupun restoran india. Kebanyakan restoran India tidak menghidangkan daging, mereka hanya menghidangkan makanan laut sahaja.




3. Cari restoran yang berdekatan dengan masjid

Anda juga boleh mencari tempat makan halal disekitar kawasan masjid atau pun Malaysian Hall. Kebiasaannya disekitar kawasan ini terdapat restoran makanan halal kerana di kawasan ini tempat tertumpunya mereka-mereka yang beragama Islam.




4. Bawa makanan dari Malaysia

Jika anda rajin, boleh juga bawa sendiri makanan dari Malaysia. Setiap kali sebelum keluar berjalan, masak dahulu dan tapau. Cara ini juga selamat dan juga sangat-sangat menjimatkan.

5. Bawa sabun taharah untuk sertu

Sabun taharah boleh didapati di kedai-kedai menjual kelengkapan haji dan umrah di Malaysia. Sebelum memulakan travel, sediakan kelengkapan ini untuk sertu peralatan memasak di hotel atau apartment. Selepas mensucikan semua peralatan boleh la teruskan memasak dengan yakin tanpa rasa sebarang was-was. Insyallah.







6. Beli bahan mentah di pasaraya

Bagi yang menetap lama di luar negara, anda boleh mengikuti tips ini. Mungkin anda boleh membeli bahan-bahan mentah di pasaraya dan memasaknya sendiri. Bolehlah beli sayur, ikan, makanan laut dan apa sahaja yang sesuai. Barulah tak rasa syubhah.

Selamat bercuti! - CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:42 PM GMT+8 , Processed in 0.045811 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list