View: 1706|Reply: 12
|
"Jangan Merajuk, Pulanglah Ayah..."
[Copy link]
|
|
"Saya ingat ayah keluar sekejap sahaja."
Demikian kata seorang lelaki berhubung kehilangan ayahnya seminggu lalu, lapor Harian Metro.
Mohd Nazri Ahmadu, 33, anak tunggal kepada Ahmadu Mamat, 69, berkata, warga emas itu keluar dari rumahnya di Jalan Kampung Baru, Bukit Beruang, Melaka kira-kira jam 5 petang, 4 Januari lalu.
Menurutnya, Ahmadu turut membawa bersama dokumen pengenalan diri dan sejumlah wang tunai.
Mohd Nazri menjelaskan, sebelum kejadian, berlaku perselisihan faham antara mereka berdua apabila warga emas itu tidak berpuas hati anaknya memberi sejumlah upah kepada pemandu lori untuk memindahkan barangan lusuh.
“Selepas solat Asar, ayah keluar rumah dan saya nampak dia berjalan kaki menuju kampung berdekatan. Saya ingat ayah keluar sekejap sahaja, tapi hingga hari ini, dia belum pulang ke rumah, membuatkan kami bimbang dengan keselamatannya kerana ayah mulai nyanyuk,” katanya.
Usaha Mohd Nazri mencari ayahnya termasuk di tempat lama ayahnya bekerja iaitu di masjid Kampung Hulu gagal.
“Selepas cukup tempoh 24 jam hilang, saya membuat laporan di Balai Polis Bukit Baru,” katanya.
Menurut isteri Ahmadu iaitu Petimah PK Maidoni, 59, itu kali pertama ia berlaku dan tidak menyangka suaminya tidak pulang hingga hari ini.
Foto: Harian Metro
Orang ramai yang terlihat warga emas itu, boleh salurkan maklumat kepada Mohd Nazri di talian 017-6389802 atau mana-mana balai polis berdekatan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah, kesian kat ayah tu. Merajuk membawa hati yang terguris |
|
|
|
|
|
|
|
pakcik, balik la, jangan la merajuk lama2
|
|
|
|
|
|
|
|
balik la pakcik...risau nya hai..moga dilindungi |
|
|
|
|
|
|
|
esok dah sejuk hati dia, balik la tu..
dah tua tua gitu..
perangai pun dah macam budak-budak semula..
cuba acri kat rumah sedara mara..
or rumah orang-orang tua..
mana tau dia bawa rajuk ke sana..
|
|
|
|
|
|
|
|
org tua klu merajuk.... susah nak pujuk
tambah lagi perkara2 kecik yg tak kena kt mata dia, boleh jadik issue besar plak
tabah la sang anak,moga ayahnyer selamat
amin |
|
|
|
|
|
|
|
aku cukup menyampah org suka merajuk2 ni....sbb aku jenis yg tak merajuk,so aku expect org jgn nak merajuk2 dengan aku...mmg tak pujuk lah aku org yg merajuk ni...last2 org yg merajuk tu yg terhegeh2 nak bercakap balik dengan den...
|
|
|
|
|
|
|
|
MH3707: aku cukup menyampah org suka merajuk2 ni....sbb aku jenis yg tak merajuk,so aku expect org jgn nak merajuk2 dengan aku...mmg tak pujuk lah aku org yg ...
haha same la ngn aku. x koser nk mlyn org kuat merajuk{:hooray |
|
|
|
|
|
|
|
Kot ye pun nak letak gambat orang sedih, letaklah yang elok sikit...ini pilih gambar macam baru bangun tidur kesat taik mata |
|
|
|
|
|
|
|
Baju lusuh kau kata!! Itu baju pertama aku dancing dgn mak kau!! Laaaaahaaaaabauuuu!! |
|
|
|
|
|
|
|
orang tua gitu la. nanti dah okay dia balik la tu. abah nak kawen lain tak bagi tu la |
|
|
|
|
|
|
|
semoga pakcik ni pulang dgn selamat |
|
|
|
|
|
|
|
merajuk sb buang barang lusuh yg byk kenangan ke... |
|
|
|
|
|
|
| |
|