CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1983|Reply: 9

Kenapa Takut Sangat Saya Jumpa Anwar? - Tun M

[Copy link]
Post time 11-1-2018 06:39 PM | Show all posts |Read mode
"Apalah nak takut sangat perjumpaan saya dengan Anwar. Tentulah ia akan jadi satu lagi langkah kebelakang oleh Pakatan Harapan."


Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sedemikian ketika mengulas rasa kecewanya tidak dibenarkan melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim, lapor Sinar Harian.




Foto: Sinar Harian




Menerusi perkongsian di blognya, mantan perdana menteri itu mendedahkan tujuannya melawat Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan) terbabit di Hospital Rehabilitasi Cheras adalah kerana mahu berterima kasih selepas Anwar bersetuju dengan cadangan Harapan untuk menamakannya sebagai calon perdana menteri jika Harapan menang.

"Dalam gabungan empat buah parti ini, kita bersetuju semua keputusan dibuat secara konsensus iaitu dengan dipersetujui oleh semua empat parti.

"Jika ada mana-mana satu parti tidak bersetuju, keputusan tidak akan diterima sebagai keputusan Harapan.

"Apabila saya dicalon sebagai bakal perdana menteri untuk Pakatan Harapan, tiga buah parti bersetuju, tetapi PKR tidak membuat keputusan. Namun, PKR bersetuju pada saat terakhir," tulisnya.


Tambahnya, dia percaya Anwar bersetuju dengan cadangan itu kerana mengutamakan kepentingan negara lebih daripada perasaan sendiri.

"Sebab itulah saya ingin ucap terima kasih sendiri kepada Anwar. Saya perlu hanya satu minit sahaja untuk berjumpa, tidak lebih. Tidak ada niat bercakap berkenaan politik," jelasnya.




Foto: IG Tun M




Jelasnya lagi, perlantikan itu akan menentukan kekalahan Pakatan Harapan.

"Bukankah Institute of Strategic and International Studies Senior Fellow Sholto Byrnes telah berkata pencalonan saya bermakna Pakatan telah mengambil satu langkah kebelakang," katanya.


Terdahulu, Pengerusi Pakatan Harapan itu melahirkan rasa kecewa selepas gagal bertemu Anwar, semalam kerana Jabatan Penjara tidak membenarkan mereka bertemu atas arahan Kementerian Dalam Negeri.


Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Seri Zulkifli Omar bagaimanapun berkata, Mahathir tidak membuat permohonan rasmi untuk melawat Anwar seperti yang termaktub di dalam peraturan-peraturan penjara. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2018 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay tun.....cuba buat permohonan rasmi dan ikut peraturan. ....tentu boleh jumpa. ....hehe
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia nak jumpa banduan, mcm nak jumpa kawan2 je try orang awam pergi opis dia cakap nak jumpa...ingat dapat, semua nak kena temujanji
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 08:58 PM | Show all posts
PM  yg lepas2...org jika nak benci PM sekalipu..benci PM saja x benci isteri mrk.

Tp yg  masih sekarang org benci isteri dia dan dia sekali.

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2018 09:44 PM | Show all posts
mkini  kata 3 parti lawan 1...aku rase pkr mmg last minit pun tak setuju pun.azmin pun katanya menganjing je madey nak lawat nuat ni.sandiwara katanya
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 08:32 AM | Show all posts
tun.....nak selfie satu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-1-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Cacai umngok kehulu kehilir kata mader dah tua la dah nyanyuk bagai, tpi apa2 tindakan dia buat terus menggelupor cacai smpai tv3 pon dok memanjang tayang kutukan terhadap mader. Takut lettewww
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahnye kalau dah nyanyuk ape nak takot nak gelabah biawak sangat,gilerr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 11:38 AM | Show all posts
hehehee...takuuuuuuuuuuuuu ler tu..
takut ke ngan org nyanyuk..?
takut ke..?
kikiki....
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2018 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Haish Tak sabar nak tunggu the next GE.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.041775 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list