CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3686|Reply: 2

Kulit Tembikai Masak Tumis? Sedap Ke?! Cuba Dulu Baru Tahu Lazatnya..

[Copy link]
Post time 12-1-2018 03:15 PM | Show all posts |Read mode
Lain macam pula resipi yang satu ini. Kulit tembikai masak tumis?


Apakah rasanya? Kenapa pula nak guna kulit tembikai yang tebal ini?


Aha, kalau nak tahu, ia memang satu menu yang enak dan juga sihat. Ala-ala timun dan juga petola. Begitulah perumpamaannya.


Jom cuba resipi mudah kulit tembikai masak tumis ni. Boleh buat lauk masak tengahari.










Bahan-bahan diperlukan:

Sebiji tembikai (jangan ambil kulit keras yang berwarna hijau, ambil kulit berwarna putih kira2 1.5 inci di antara isi buah tembikai dan kulitnya)

1 biji cili besar
10 biji lada hitam
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
secubit belacan (agak2 la jgn byk sgt jgn sikit sgt)
1 batang serai
garam dan serbuk perasa secukup rasa
ikan bilis (segenggam tp jgn byk sgt)
air (dalam 2-3 cawan)

Cara menyediakan dan memasak:

Masukkan air dalam periuk, serai dan tunggu mendidih.
Sambil tunggu air mendidih, tumbuk semua bahan lain kecuali kulit tembikai, garam dan serbuk perasa (untuk menjamin keenakan, jgn blender ya..guna lesung batu)
Bila air mendidih, masukkan bahan-bahan yang ditumbuk tadi dan biarkan sekejap.




Masukkan kulit tembikai, biar sampai empuk kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Kalau nak lagi sedap, boleh tambahkan sayur kubis dan pucuk manis untuk rasa yang lebih istimewa.









Bila mkn kulit tembikai kena ada hidangan sampingan macam ikan masin dan sambal belacan..barulah terangkat! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2018 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Mindset iols kalau savoury..savoury aje la
Kalau mix gini..iols boleh pening..haha
Sama.cm.spageti buat makanan manis..adei..iol xbleh menerima
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2018 06:36 AM | Show all posts
kulit tembikai yg putih tu mmg sedap .  boleh buat kerabu. boleh juga buat jadi halwa kering mcm kundur tu..
my MIL yg ajar cara buat kerabu kulit tembikai dgn ayaq belacan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.034699 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list