CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2914|Reply: 12

Food Truck Azam Perniagaan Tahun Baru, Tapi Jangan Sampai Cekik Darah Ya..

[Copy link]
Post time 15-1-2018 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca yang dihormati sekalian. Alhamdulillah akhirnya kita dah masuk tahun 2018 dan banyak azam baru semangat baru kita bawa tahun ini untuk pastikan bahawa ia terus terlaksana. Masih belum terlambat Maha nak ucapkan selamat Tahun Baru pada semua pembaca sekalian.


Ada yang berazam tahun baru nak merubah hidup menjadi lebih maju sampai sanggup melakukan dua kerja dalam satu masa. Kalau duduk di kota ini memang satu gaji sahaja orang kata tidak akan cukup untuk suami isteri anak-anak yang ramai  - barang sekolah yang mahal dan macam-macam lagi nak beli.


Sebenarnya dah beberapa tahun kebelakangan ini kerajaan dalam mendidik rakyat menjadi usahawan yang bijak dan inovatif telah mengeluarkan beberapa inisiatif. Paling ketara dan paling kita nampak sekarang kat merata-rata tempat adalah usahawan ‘Food Truck’.








Ingat lagi dulu makcik-makcik kalau nak berniaga bukalah satu payung letak satu meja dan kerusi kemudian letak makanan. Tapi sangat laku masa tu memang habis cuma kalau majlis perbandaran lalu habis kena sapu dengan meja dan juga kerusi semua sekali, kesian kita tengok.


Tapi sekarang kerajaan nak inovasikan perniagaan tepi jalan ini dalam bentuk Food Truck yang lebih mudah untuk dikendali dan juga lebih banyak hasil serta produktiviti. Kenapa konsep Food Truck Truck? Ia sangat mudah untuk dikendalikan contoh buka dekat satu tapak tiba-tiba hujan food truck tidak perlu untuk kemas barang mereka semua dalam kenderaan jadi selamat kalau banjir pun tutup food truck terus memandu ke tempat yang selamat.






Kedua food truck ini adalah antara konsep majlis bandaraya mengurangkan masalah sampah dan juga bahan buangan daripada peniaga gerai tepi jalan. Ia dapat menyelamatkan bandar kita daripada terus tercemar kerana mereka tidak akan meninggalkan sampah sarap merata-rata malah di kumpul untuk diuruskan oleh pihak majlis.






Ketiga konsep kedai begerak ini lebih mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja sekiranya kita nak berniaga dan membuka perniagaan tanpa sebarang gangguan dan masalah.


Tapi ramai kata mana nak dapat modal nak beli kenderaan macam ni mesti mahal dan akan hutang sampai ketua. Betul modal tu mahal tapi kerajaan sekarang melalui TEKUN dan MARA menyediakan geran kepada mereka yang betul-betul untuk meniaga macam ni.  
  
Tahun baru kot tak akan masih takuk lama untuk tidak berubah dan menjadi lebih maju dengan memulakan perniagaan yang lebih mudah ini. Rebut peluang ini orang muda kerana anda yang mampu merubah kehidupan anda kata nak pendapatan lebih siang kerja office malam buka food truck.





Foto Carian internet


Maha tak selalu makan kat food truck ni sebab mereka selalu buka malam dan dah balik kerja agak penat untuk ke sana. Tapi tahu juga beberapa lokasi strategi dan popular food truck seperti Dataran Merdeka dulu cukup popular dengan geng food truck hujung minggu.  


Lepas ni rasa ada tak nak berubah menjadi usahawan food truck pula. Kalau risiko memang ada dan kita kena hadapi semua ini ruang dah disedia peluang dah diberikan cuma bagaimana kita nak rebut itu semua sebelum orang lain yang dapat. Saya buka gelanggang ini kepada mereka yang berani bertarung untuk kemajuan tahun baru ini.


Jom follow Instagram @Mahamahu dan juga Facebook page @Mahumakan untuk kongsi sebarang idea atau nak lontarkan soalan yang mana tahu nak tanya secara personal. Selamat tahun baru semua dan selamat menempuh 2018.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 aku rasa mknn d food truck lebih mahal dr restoran. Tak tau napa.. mmg nmpk hipster tp kdg2 nmpk jah lawa tp rasa ke laut.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols agk kecewa dgn mknn food truck. X sedap n mahal ya ampun. Klu mahal, sedap ok lah jgk
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:01 AM | Show all posts
tak penah beli so far.. mahal ya amat. portion kecik je, secoet
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 05:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Kat obersee food truck untuk "on the go" and chraper jerr
Kat sini terbalik .. mahal sebab hipsturrr ... choiii sangat
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 09:58 AM | Show all posts
ade sekali tu mkn kat food truck, kambing bakar n sos blackpepper fuhhhhh sedap. rege pun ok2.

yg lain2 hanat sgt rege mahal dh la x sedap.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-1-2018 12:40 PM | Show all posts
tak sedap n mahal. sume jet2 nak hipster
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 12:57 PM | Show all posts
setakat ni lum terliur lg nak beli kt food truck berunsurkan hipster ni..
food truck yg jual nasi kukus ayam goreng RM7 free air ok lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2018 03:09 PM | Show all posts
damian_lee replied at 16-1-2018 05:49 AM
Kat obersee food truck untuk "on the go" and chraper jerr
Kat sini terbalik .. mahal sebab hipsturr ...

aku pernah beli skali...aku beli fish & chip...harga RM7 kot..
fish fillet kecik nak mampus...fries pun skit jer...bg anak aku mkn pun x kenyang...
pastu aku tak pernah beli dh mknn kt food truck...harga mmg melampau2...
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:37 PM | Show all posts
Sepatutnya mereka tawarkan harga yang lebih murah dari makan di Restaurant atau gerai dan rasa mestilah sedap macam kawan2 seangkatan mereka di luar negara barulah boleh mendapat sambutan.  Kalau harga mahal rasa pun kelaut portion sikit memang sekali tu jer lah orang datang beli lepas tu tak da lah mereka nak mengulang.  Kalau harga macam makan di Restaurant baik mereka ke Restaurant terus dah tentu nak duduk pun lebih selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 03:37 PM | Show all posts
Sepatutnya mereka tawarkan harga yang lebih murah dari makan di Restaurant atau gerai dan rasa mestilah sedap macam kawan2 seangkatan mereka di luar negara barulah boleh mendapat sambutan.  Kalau harga mahal rasa pun kelaut portion sikit memang sekali tu jer lah orang datang beli lepas tu tak da lah mereka nak mengulang.  Kalau harga macam makan di Restaurant baik mereka ke Restaurant terus dah tentu nak duduk pun lebih selesa.
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2018 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sptutnya mmang lagi murah
Sbb xperlu sewa resto
Sewa kedai skrg mahal ok
..
Yes some beli truck
Takkan nak terus dpt untung and cover balik semua cost dengan charge mahal2?
Choii yach
..
Plus portion kecil
Bebola daging yang jual pun persis beli kat plastic merah kat chowkit .. bakso tu
Fish chip pun OMG jer ...
Harapkan deco jer feeling hipster
...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2018 01:55 PM | Show all posts
hi mahamahu

tahun ni jemput datang bangi golf resort untuk blogger dar ramadhan preview ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:31 PM GMT+8 , Processed in 0.220204 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list