View: 1354|Reply: 8
|
Suka Tahan Bersin, Kerongkong Lelaki Pecah
[Copy link]
|
|
Bahaya, tindakan menutup hidung ketika bersih boleh menyebabkan organ badan mengalami kerosakan.
Astro Awani melaporkan seorang lelaki berusia 34 tahun dikesan pakar perubatan dari Leicester mengalami masalah pecah kerongkong apabila tindakannya menyekat bersin dengan impak tinggi.
Tindakan menyekat bersin itu dilihat memberi tekanan kepada tisu-tisu lembut di bahagian kerongkong.
Tabiat itu juga boleh merosakkan telinga atau pecah otak aneurisme, pakar perubatan memberi amaran dalam jurnal Laporan Kes BMJ.
Menurut lelaki itu, dia merasakan sesuatu yang aneh 'berada' di lehernya selain mengalami kesakitan serta kesukaran untuk menelan dan bercakap.
Foto Carian internet
Malah pemeriksaan doktor mendapati bahagian kerongkong dan leher lelaki itu mengalami radang serta bengkak.
Ketika rawatan, lelaki itu terpaksa menggunakan tiub selama tujuh hari dalam usaha memulihkan tisu-tisu yang rosak selain dibenarkan keluar hospital apabila didapati pulih sepenuhnya.
Para doktor dari jabatan telinga, hidung dan tekak di Hospital Diraja Leicester iaitu lokasi lelaki tersebut dirawat berkata menyekat bersin dengan menekan hidung dan mulut adalah tindakan berbahaya serta perlu dielakkan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya juga ye kalau menahan bersin. X ku sangka sampai begini sekali kesannya... |
|
|
|
|
|
|
|
aduh x sangka pulak.................. |
|
|
|
|
|
|
|
Pressure bersin agak kuat mana tak bahaya tapi jangan lupa tutup mulut sebab bimbang akan jadi penyebab penyebar virus kepada orang lain |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus, new knowledge to learn |
|
|
|
|
|
|
|
astaga gambar tu.. bersin tutup mulut la dengan kain or tisu..
|
|
|
|
|
|
|
|
nak bersin alih la muka dari orang atau makanan jangan ko tutup mulut jadi bom la |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah baca dlm satu kolum info menarik kot. Bersin kalau tengah buka mata, boleh terkeluar bola mata dari kelongsong mata tu tau. Nak menyatakan betapa tingginya kelajuan dan tekanan bersin tu.
Lepas baca artikel ni, baru je jap tadi pak arab mana entah queue belakang, pun sama bersin xbunyi. Mmg tutup.lubang hidung. Dgr mcm seksa sgt tak dilepaskan betul2. |
|
|
|
|
|
|
|
bersin mana boleh kontrol2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|