CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4661|Reply: 32

[Dunia] Pengantin Pengsan Di Pelukan Bekas Kekasih Pada Majlis Perkahwinan

  [Copy link]
Post time 17-1-2018 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 17-1-2018 10:57 PM

Pengantin Pengsan Di Pelukan Bekas Kekasih Pada Majlis Perkahwinan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-dunia/2018/01/17/pengsan-di-pelukan-bekas-kekasih/

Diterbitkan: Rabu, 17 Januari 2018 9:18 AM


Nokies Febrianto dan Anhy, pada majlis perkahwinannya. -fotodetikcom

SEORANG lelaki berusia 20 tahun terkenal gara-gara video dia memeluk bekas kekasihnya pada majlis kahwinnya tular.

Semasa majlis perkahwinannya minggu lalu yang diadakan di Sulawesi Selatan, Nokies Febrianto melakukan adegan 'berani mati' yang mengejutkan tetamunya apabila dia memeluk dan mencium seorang wanita yang sedang menyanyi di majlis tersebut sebelum pengsan dalam pelukan wanita berkenaan.

Apa yang menjadikan keadaan ini luar biasa ialah penyanyi tersebut adalah bekas teman wanitanya, Novi.

Selepas video itu tular di Indonesia, media tempatan mendapatkan penjelasan daripada pengantin Febrianto mengapa dia sanggup meninggalkan pelamin dan memeluk Novi yang sedang menyanyi pada majlis perkahwinannya.

"Saya seperti terpukau dengan Novi ketika dia menyanyikan lagu 'Balo Lipa'. Saya rasa sedih dan kesal tetapi saya tidak berfikir apa-apa ketika saya turun dan memeluknya," kata Febrianto kepada Detik.
Dia pengsan selama kira-kira 30 minit.


Febrianto dan Anhy ketika ditemui selepas kejadian tersebut. -foto detikcom

Menafikan spekulasi bahawa rumah tangga yang baru dibinanya sudah retak akibat kejadian itu, Febrianto berkata dia tetap setia kepada isterinya, Anhy, yang berusia 18 tahun.

"Isteri saya tetap sempurna di mata saya. Saya akan tetap setia kepadanya," katanya.

Mengejutkan kerana Anhy juga terus menyokong suaminya dan memahami mengapa suaminya sanggup memeluk bekas kekasihnya pada hari bersejarah mereka.

"Saya lihat wajah Novi dan dia begitu cantik pada hari itu, wajahnya bersinar. Malah saya juga terpukau, apalagi suami saya," katanya kepada Detik.

Anhy mendedahkan bahawa dia tahu tentang hubungan suaminya dengan Novi sebelum ini, termasuklah kisah sedih di sebalik hubungan mereka yang terputus.

Menurutnya, Novi dan Febrianto bercinta selama kira-kira satu tahun tetapi ibu bapa Novi tidak merestui hubungan mereka.

Novi pula berkata, dia setuju untuk menerima jemputan bekas kekasihnya itu dan meminta untuk menyanyi pada hari perkahwinannya kerana kerana hubungan baiknya dengan keluarga Febrianto.

"Saya menghormati ibu dan bapanya, mereka seperti ibu bapa saya sendiri, mereka sangat sayangkan saya. Tetapi nasib telah memutuskan sebaliknya dan saya telah menerimanya," kata Novi memetik Detik.9

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 11:35 AM | Show all posts
bangang apa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Gmbar novi mana..betul ke cantik bersinar..indon mendunia lagi ni..
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by umbut at 17-1-2018 12:05 PM

Aku rasa dia pura2 pengsan sebab dah malu
Mula2 mcm lupa diri terus cium awek lama


Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa rupa masa tak bermekap lagi siap daripada masa jadi pengantin..? I mean, both the bride and the groom.

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg ex-gf tu tetap continue nyanyi dalam org duk huru hara tegakkan pengantin pengsan tu. . hahahaha kelakarnya sinetron ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 02:03 PM | Show all posts
tt punya tajuk sangat win
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by iloveselangor at 17-1-2018 02:35 PM
che-cikL replied at 17-1-2018 01:28 PM
Yg ex-gf tu tetap continue nyanyi dalam org duk huru hara tegakkan pengantin pengsan tu. . hahahaha  ...


Time groom tu dah pengsan kena dukung dgn pakcik tu....Bekas kekasih groom tu terus menyanyi 'Musolangiii....' 'Kamu hancurkan hatiku'.

Akak syak ni komplot saudara perempuan belah lelaki tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 03:25 PM | Show all posts
klu pengantin pmpn buat cmni, peluk ex-bf kt mjlis , pstu pengsan
pstu pengantin laki maafkn

mau kene cop laki dayus seumur hidup

Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 05:05 PM | Show all posts
jgn pasni kat malaysia pulak......
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:36 PM | Show all posts
Novi pula berkata, dia setuju untuk menerima jemputan bekas kekasihnya itu dan meminta untuk menyanyi pada hari perkahwinannya kerana kerana hubungan baiknya dengan keluarga Febrianto.


tp dlm banyak2 lagu, ko pilih lagu merayu ex bf gak kan. dasar villain sinetron
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
kalau x boleh move on, kenapa kahwin
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
ini pengsan sbb termalu..selambe je bermulut dgn ex dpn tetamu n esp bini sendiri..bini lak cool je..kalau kt msia mungkin lauk pegantin dh terbalik dibuatnye
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lekkk...rakusnya laki tu..
Memang nekad dah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 07:33 AM | Show all posts
banyak saudaranya di sabah nieee
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:01 AM | Show all posts
che-cikL replied at 17-1-2018 01:27 PM
Apa rupa masa tak bermekap lagi siap daripada masa jadi pengantin..? I mean, both the bride and the  ...

kannnnn....

tak makeup lagi cantik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-1-2018 07:33 AM
banyak saudaranya di sabah nieee

Selangor pon ramai....Sultan dia pon Bugis
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 18-1-2018 07:33 AM
banyak saudaranya di sabah nieee

Selangor pon ramai....Sultan dia pon Bugis
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang ex pon gatal pg majlis dia buat apa. Pahtu nyanyi lagu sedih putus cinta. Memang mengundang sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:21 AM | Show all posts
Boleh pulak sheols sambung nyanyi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:27 PM GMT+8 , Processed in 0.087800 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list