CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3359|Reply: 11

Apa Berlaku Pada Badan Kita Selepas Mati? Baca Ni, Meremang Juga Bila Tahu

[Copy link]
Post time 17-1-2018 12:43 PM | Show all posts |Read mode
Mati adalah sesuatu yang pasti dan manusia tidak akan terlepas daripadanya. Namun apa yang berlaku selepas mati masih menjadi misteri. Mengikut kepercayaan individu, setelah roh dan jasad berpisah, roh akan pergi ke suatu tempat yang lain yang mana berbeza-beza mengikut kepercayaan agama dan budaya sesuatu tempat. Persoalan selepas mati yang sering kita terlepas pandang adalah berkenaan badan kita. Apa yang akan berlaku kepada badan kita apabila kita mati nanti. Artikel dibawah akan merungkap beberapa perkara yang mengagumkan akan berlaku kepada badan kita selepas kita mati.


1. Darah berhenti mengalir.



Sumber: magwuzz.com



Dalam kematian, semestinya akan menyebabkan jantung berhenti berdegup. Secara logiknya darah juga akan berhenti mengalir. Oleh itu banyak darah akan terperangkap dalam pembuluh darah bersama-sama pelbagai elimen lain seperti bakteria, hormon, oksigen dan karbon dioksida.


2. Badan akan berubah warna
Sumber: duniaforensik.blogspot.my


Seterusnya badan kita akaan berubah warna. Darah yang terkumpul tadi akan mengikut graviti. Jika mayat dibiarkan secara terlentang, maka bahagian belakang badan akan terkumpulnya semua darah. Bahagian tersebut akan berwarna merah kegelapan kerana haemoglobin telah berkurangan dan menampakkan kesan seperti lebam. Pada bahagian atas pula akan kelihatan pucat lesi.


3. Proses Livor Mortis akan berlaku



Sumber: doctoralerts.com



Proses ini sangat banyak membantu para saintis forensik mengesan keadaan mayat. Ini kerana proses ini akan memberitahu mereka adakah mayat sudah dikalih atau belum selepas kematian. Caranya dengan mengenal pasti warna pada badan mayat. Bayangkan kalau kita masak sup daging lembu, pasti akan ada sisa-sisa lemak diatasnya. Kejadian yang sama boleh dikesan sekiranya mayat telah dikalihkan atau belum.


4. Algor Mortis menyejukkan badan


Sumber: patch.com


Selepas proses Livor Mortis, Algor Mortis adalah proses seterusnya. Ia berlaku apabila mayat akan kehilangan suhu badan secara perlahan-lahan dari 37 darjah Celsius kepada suhu bilik pada kadar 0.8 darjah Celsius setiap jam. Proses ini adalah normal kerana badan sudah tidak berdaya untuk mengekalkan tahap suhu badan normal iaitu 37 darjah Celsius.


5. Rigor Mortis akan berlaku


Sumber: health.detik.com


Proses ini kebiasaannya tidak akan berlaku dalam kadar segera dan akan berlaku selepas beberapa jam kematian. Ia dimulakan dengan alis mata dan otot leher. Seterusnya ia akan merebak keseluruh badan. Otot-otot akan mula mengeras kerana kehilangan ATP atau adenosine triphosphate, bahan kimia yang bertanggungjawab untuk menenangkan sel-sel otot selepas menegangkannya. Ada juga kes mayat mengerekot selepas beberapa jam kematian. Ini adalah kerana otot-otot tadi bertindak balas dengan keadaan sekeliling. Ada juga kes seolah-olah mayat tersebut cuba bangun dari kematiannya, dan mayat lelaki kemaluannya mengeras dan terejakulasi. Tidak perlu botox kerana otot dikulit muka akan mengeras juga, menyebabkan mayat akan hilang kedutannya.
Semua fenomena ini boleh dikaitkan dengan pengerasan otot tadi.


Pada fasa ini juga mayat tidak boleh mengawal untuk membuang air kerana otot yang ditugaskan untuk mengawal sudah tidak berfungsi. Segala najis akan keluar dengan sendirinya dari mayat tersebut.


6. Bau busuk mula terhasil


Sumber: idopislamutkdunia.blogspot.my


Tiada apa yang akan menang dalam proses pengeluaran bau melainkan bau mayat yang sedang mereput. Ia terjadi apabila sel-sel kita mati dan melepaskan enzim yang memberitahu bakteria dan kulat berdekatan “makanan” mereka. Apa yang terjadi seterusnya adalah kesemua bakteria dan kulat berdekatan akan memulakan proses penguraian seterusnya melepaskan gas yang berbahaya selain pekat baunya menusuk kalbu. Fuh, kalah kentut.


7. Serangga dan binatang lain akan turut menjamah



Sumber: Youtube Channel: Tv Channel



Kerana mayat tadi sudah terdapat bakteria dan kulat yang mula melepaskan gas-gas yang berbahaya dan berbau, maka bau-bauan tadi turut akan menarik perhatian serangga seperti lalat dan binatang lain. Bau “manis” pada mereka tadi adalah makanan yang perlu dikongsi. Lalat akan bertelur yang akan menetas menjadi larva. Larva akan mula memakan sel-sel mati tadi bersama-sama serangga seperti semut, labah-labah dan haiwan pemakan bangkai yang lain. Rezeki dikongsi bersama. Oh, indahnya dunia.


Mayat tadi ada potensi untuk meletup juga kerana gas-gas akan terperangkap di dalam badan tidak boleh terkeluar. Ada sesetengah kes, mayat tadi meletup kerana bakteria dari usus dan sekitar organ-organ dalaman akan melepaskan gas setelah “menjamah” dari dalam badan.


8. Kulit adalah organ paling lama bertahan sebelum mereput



Sumber: yenisafak.com



Walaupun badan dan organ dalaman tidak dapat bertahan dengan lama selepas kematian, ada satu organ yang dapat bertahan paling lama iaitu kulit. Ini kerana sejurus selepas kematian, kuliat masih mendapat nutrient kena ia berada paling luar sekali berbanding organ-organ lain. Ia akan melakukan proses orsmosis dengan pelbagai bahan luaran sehabis baik sebelum mereput. Kulit juga akan menjadi kering seteleh dibiarkan tidak bertutup dalam tempoh tertutup. Ini dapat dilihat diatas nya dengan keadaan mengecut dan merekah disekitar bibir dan alis mata.


Ada kes juga kulit diliputi dengan lapisan lilin dan melambatkan proses pereputan berlaku, terutama dalam satu tempat yang sejuk. Ia terhasil apabila sesetengah bakteria merembeskan lapisan lilin ketika “mencernakan” sel-sel yang dimakannya. Dalam kes ini mayat boleh termumia dengan secara semula jadi. -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 02:40 PM | Show all posts
ngerinya baca
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 02:49 PM | Show all posts
nice info
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:42 PM | Show all posts
erkkk...geli tgk gambar lalat dgn telur tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 03:51 PM | Show all posts
Bacaan yang menyegarkan minda pada waktu petang.
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 04:23 PM | Show all posts
terus iols bayangkan diri sendiri mati
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-1-2018 04:24 PM | Show all posts
Rigor Mortis tu bukan filem HK ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-1-2018 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tiba rasa insaf. Takut nye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2018 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
+20

akak terharu baca pasal tak perlu botox tu. Mmg org yg baru meninggal hilang semua kedut2 tu, and nampak bersih je muka.

al fatihah utk mak ayah kiter semua.


Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg ditanam dlm tanah mcm mana? Lalat boleh masuk ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
rogayahtop replied at 17-1-2018 11:20 PM
+20

akak terharu baca pasal tak perlu botox tu. Mmg org yg baru meninggal hilang semua kedut2 tu, ...

Patutlaa ada mayat tersenyum..
Sebab kulit muka dah tegang rupanya..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdesup jantungku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 05:42 PM GMT+8 , Processed in 0.071303 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list