CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 953|Reply: 16

[Dunia] inilah alasan indonesia dipilih jadi pembina TRX tower

 Close [Copy link]
Post time 18-1-2018 11:08 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ummo at 18-1-2018 11:24 AM

Hari ini, satu lagi berita mengenai TRX dilaporkan apabila pemaju induknya, 1MDB Real Estate mengumumkan kejayaan menjual sebidang tanah di kawasan itu kepada pemaju hartanah terkenal dari Indonesia, Mulia Group.

Baca: TRX Tarik Pemaju Hartanah Utama Indonesia
Sekali pandang, tiada apa istimewa pun daripada berita itu, namun bagi yang belajar strategi perniagaan dan kenal syarikat tersebut, berita ini sebenarnya ibarat kisah malang Pak Pandir menang sorak tetapi kampung pula tergadai.

Bahkan bagi yang hafal lagu patriotik Warisan karya Tan Sri Nordin Kardi, bekas ketua pengarah Biro Tata Negara; berita itu menyerupai bait: Nenek moyang kaya raya, tergadai seluruh harta benda, akibat sengketa sesamalah kita.



Berbalik kepada cerita Mulia Group, syarikat itu cukup disegani di Indonesia dengan projek hartanah berprestij termasuk kompleks beli-belah terbesar di rantau Asia tenggara, Taman Anggrek Mall di Jakarta Barat.

Jangan lupa Mulia Group dikagumi dengan tujuh menara pejabat ikon di ibu kota Indonesia itu antaranya Wisma Mulia, bangunan pertama di Asia dan kedua di dunia menerima anugerah berlian 5 bintang bertaraf antarabangsa.


Mulia Group pada asalnya perusahaan pembuatan seramik, logam dan kaca lebih 40 tahun lalu.Ia kemudian berkembang pesat sehingga mampu dieksport ke 50 negara sebelum menyertai Bursa Efek Indonesia pada awal 1994 dan akhirnya terlibat aktif dalam projek pembangunan hartanah termasuk pejabat dan hotel.

Hari ini, Mulia Group berjaya melebarkan sayap di Malaysia, projek hartanah yang pertama di luar negara ketika umat Islam di negara ini pula lebih sibuk ‘bising’ isu pembelian tanah kontroversi TRX oleh TH Properties Sdn. Bhd.

Sekali lagi, di manakah maruah orang Islam di Malaysia yang lebih rela membiarkan orang asing berebut-rebut beli tanah ’emas’ di ibu kota Kuala Lumpur sedang kita gigit jari melihat hasil mengalir ke tangan yang lain

WARISAN
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesamalah kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutuplah hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara
Melayu kan gagah di Nusantara

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2018 11:08 AM | Show all posts
@pyropura masuk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:14 AM | Show all posts
@pyropura kok diem lon
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:16 AM | Show all posts
ini hasil binaan indon pusat membeli belah terbesar di asean @pyropura

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:18 AM | Show all posts
terbesar di asean ye @pyropura


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:19 AM | Show all posts
cantik ye lon @pyropura

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2018 11:21 AM | Show all posts
Biasalah. Syarikat asing bila melabur di tanah tuan melayu mestila bina bangunan paling tinggi. Sesuai dengan status bangsa tuan melayu. Takkan nak bina projek caprut pendek pendek pulak. Di negara babu macam indonesia boleh la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:23 AM | Show all posts
botak cinpeng dah meroyan kerna tanahnye dah tergadai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 11:28 AM | Show all posts
Lu jadi babu kat sini ada hati nak sembang tentang tanah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:28 AM | Show all posts
Edited by ummo at 18-1-2018 11:30 AM

TRX BERJAYA TARIK MINAT SYARIKAT HARTANAH UTAMA INDONESIA

KUALA LUMPUR: Ketika orang Melayu sibuk menyalahkan satu sama lain berhubung pembelian tanah di Tun Razak Exchange (TRX), pelabur luar pula berebut-rebut untuk membeli tanah tersebut yang berpotensi untuk dibangunkan.

Dalam perkembangan terbaru, TRX berjaya menarik perhatian pemaju hartanah terkenal di Indonesia, Mulia Group untuk membangunkan Signature Tower di pusat kewangan antarabangsa itu, seminggu selepas kontroversi melibatkan pembelian tanah TRX oleh Tabung Haji.


Satu perjanjian telah ditandatangani antara pemaju induk TRX, 1MDB Real Estate Sdn Bhd (1MDB RE) dengan Mulia Group bagi memberikan hak pembangunan plot tanah berkenaan. Urus niaga tanah itu melibatkan nilai RM665 juta

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB RE, Datuk Azmar Talib, melalui perjanjian berkenaan, ia membuktikan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Sementara Presiden Direktur yang juga  pemilik Mulia Group, Eka Tjandranegara pula berkata, pihaknya gembira kerana dapat membangunkan projek tersebut dan menjadikannya sebagai mercu tanda Kuala Lumpur yang baru.

“Kita ingin menjadi sebahagian daripada pembangunan ikonik bukan hanya kepada Malaysia tetapi juga kepada rantau ini.

“Mulia Group melihat potensi TRX yang dapat  membantu pertumbuhan dan perkembangan rancangan kami dan saya sendiri secara peribadi akan melihat projek ini,” katanya.

Mulia Group merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah yang terkenal dan memiliki tujuh bangunan pejabat utama di pusat perniagaan Jakarta termasuk Wisma Mulia 1 dan 2, yang memiliki bangunan paling berprestij serta menempatkan syarikat global serta tempatan yang utama di Indonesia.

Syarikat berkenaan turut membangunkan dan menguruskan hotel-hotel terkenal di dunia selain pusat beli belah dan bangunan kediaman.

Dengan termeterainya perjanjian itu, Mulia Group kini menyertai senarai pelabur seperti Lend Lease International, kumpulan hartanah dan prasarana global membangunkan Lifestyle Quarter and Veolia Water Technologies bernilai RM8 bilion, yang mana teknologi pengurusan air ini akan dapat mengurangkan separuh daripada penggunaan air boleh diminum di TRX.

Perkhidmatan transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) akan menghubungkan TRX ke stesen terminal Kereta Api Laju akan datang di Bandar Malaysia dan menghubungkannya ke pusat kewangan Singapura.

TRX juga akan dihubungkan terus ke jalan raya utama dan lebuh raya utama seperti SMART, MEX, Jalan Tun Razak dan Jalan Sultan Ismail.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:31 AM | Show all posts
botakcinpeng makin meroyan bace beritenye
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 11:34 AM | Show all posts
@pyropura kok diem
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 11:59 AM | Show all posts
Hello!  Ini board isu semasa.  

Ini bukan berita, ini provokasi.  

Menyampah!!!!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2018 12:01 PM | Show all posts
NekNgah replied at 18-1-2018 11:59 AM
Hello!  Ini board isu semasa.  

Ini bukan berita, ini provokasi.  

ini memang semase selari dengan berite tun razak tower yang dibine
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 06:29 PM | Show all posts
@pyropura kok diem lon
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2018 09:14 PM | Show all posts
Wisma Mulia

kok typical sgt binaannya tapi dapat anugerah berlian? berlian celah mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-1-2018 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 18-1-2018 09:14 PM
Wisma Mulia

kok typical sgt binaannya tapi dapat anugerah berlian? berlian celah mana

cuba try tepek projek kat msia punya.. harus ngangga yindon
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.177196 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list