View: 3168|Reply: 15
|
Terperangkap Dalam Freezer, Penjual Daging Ini 'Berhutang Nyawa' Dengan Sosej Be
[Copy link]
|
|
Siapa sangka sosej yang enak mampu menyelamatkan nyawa seorang penjual daging?
Foto: Thrillist
Memetik BBC, Christopher McCabe, 70, terperangkap di dalam bilik sejuk beku di kedainya di Totnes, Devon.
Menurutnya, ketika mengambil daging pesanan pelanggan, pintu tiba-tiba tertutup kerana ditiup angin kuat. Pada awalnya, McCabe tidak panik kerana dia tahu bilik itu dilengkapi sebuah butang keselamatan yang membolehkan pintu dibuka dari dalam.
Alamak! Boleh bayangkan tak kalau kita berada dalam situasi macam itu? Mesti menggelabah habis, kan?
Namun, malang nasibnya apabila butang itu sudah beku kerana suhu di dalam bilik berkenaan mencapai -20 darjah Celsius yang juga boleh membunuh manusia dalam masa satu jam kerana kedinginan.
Dia cuba mengetuk pintu, tapi tiada siapa mendengarnya dari luar.
Ketika panik, McCabe ternampak sebungkus sosej beku dan menggunakannya untuk mengetuk butang berkenaan hingga berjaya memecahkan ais di sekeliling butang itu dan membuka pintu tersebut.
Foto: The Independent
"Saya sangat bernasib baik. Kami menjual sosej itu dalam dua hingga tiga bungkus seminggu dan sosej yang saya jumpa adalah stok terakhir yang kami ada," katanya.
Nasib baiklah dia jumpa yang besar. Kalau guna sosej kecil yang biasa kita jumpa di kedai itu, alamatnya membekulah dia selepas sejam. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Luck. Pergi beli loteri cepat pokcik!
Sosej dia kat bawah tu pun mesti membeku dalam 10 menet pertama. Harap2 tak frostbite gangren |
|
|
|
|
|
|
|
Woww...close call {:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus cepat uncle ni bertindak sebab tu dalam hal kecemasan kena bertenang dan jangan cepat panic. Bila panic apa pun tak boleh difikirkan |
|
|
|
|
|
|
|
no. sosej ni 65984 beli nombor tekan2 xdapat |
|
|
|
|
|
|
|
Berpantang maut sebelum ajal namanya ni |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur pakcik ni masih mampu berfikir dan bertindak. Kalau panik taktau nak buat apa, sah-sah sejam terbuang begitu saja. |
|
|
|
|
|
|
|
memang bernasib baik sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
mujur tak panik...kalau tak beku otak dah |
|
|
|
|
|
|
| |
|