Edited by BOHadaUmph at 20-1-2018 04:13 PM
Aku nak tau pandangan korang la kan. Best tak poligami?
Aku selalu dengar yang indah2 je. Maklumlah, bertambah cawangan. Tapi jarang aku dengar kisah sedih atau kisah penat ulang alik jaga sini, jaga sana. Ada tak sesape sini menyesal terjebak dengan poligami ni?
Sebab aku pernah jadi supervisor kat tempat kerja. Nak juggle ‘anak2’ aku ni, dengan client, dengan quality kerja lagi.. Aduhai. Boleh je aku lepas tangan tuding2 jari kat pekerja yang buat silap macam bos2 yang banyak mempopulasi bumi ni. Tapi aku xnak la.. Rasa macam x ikhlas buat kerja. Gaji besar, buat keje sikit. Rasa berdosa lak lepas tangan. Tu bab kerja, jadi aku nak tau la pendapat korang. Rumahtangga korang bertambah senang atau bertambah susah??
Pada yang sudah berpoligami bolehlah share cerita korang. Yang belum tapi nak pon bolehla cerita apa plan korang. Yang masih single dan konpius macam aku ni boleh la bertanya2 pendapat.
So, apa yang membuatkan korang terdetik untuk berpoligami? sebab korang dan sejak bila? Siapa bagi rangsangan? Yang dah poligami? best tak? cer cite sket camne keadaan rumahtangga korang. Makin senang atau? Apa tanggungjawab korang? (apa korang buat kat rumah, masak untuk wife? Lipat baju etc) Masa tambah cawangan dulu, korang mintak izin wife tak? atau korng kawin senyap2. Tak takut wife marah ke? Apa perasaan korang masa tu? - Masa berkapel dulu, pernah berjanji dengan gf/future wife tak menduakan tak?
Bila wife marah/sedih. Apa korang buat? Pernah kene baling dengan kuali tak? Atau pernah menyesal tak? Korang pandai2 tambah soalan, aku xtau apa nak tanya dah. Feel free to tell us your story.
Acik2 bawang jangan masuk ye.
Edit: Kalau korang segan, bolehlah pm BOH crite korg. Nak kasi kata2 hikmah sikit pon boleh. Nnti aku tlg postkan anonymous. |