CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1964|Reply: 10

[Tempatan] Potong kemaluan perempuan: ISU khitan anak perempuan dihangatkan semula sejak ak

[Copy link]
Post time 21-1-2018 05:52 AM | Show all posts |Read mode


Khitan anak perempuan DR SUHAZELI ABDULLAH.
GAYA HIDUP




ISU khitan anak perempuan dihangatkan semula sejak akhir-akhir ini. Perbahasan yang dikemukakan itu merujuk kepada definisi khitan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang membahagikan khitan kepada 4 kategori.[1] Potong Kemaluan Perempuan (Female Genital Mutilation) seperti yang digambarkan oleh WHO itu tidak sama dengan khitan alam melayu Islam di sekitar Nusantara ini. Tulisan ini merujuk kepada amalan khitan sekitar Nusantara. Tiada satu standard khusus kaedah khitan yang pernah dicatat. Selain dari benua Nusantara, khitan bayi perempuan ini banyak dilakukan di beberapa negara muslim benua Afrika. Adakah kedua-kedua benua itu melakukan khitan bayi perempuan dengan kaedah yang sama?
Kategori khitan wanita yang WHO nyatakan itu sudah terkeluar dari amalan tradisi negara Malaysia sejak sekian kurun lamanya, di mana amalan tradisinya melukakan sedikit kelentit dengan jarum atau pisau khas. Ringkas sahaja tanpa perlu memotong keseluruhan kelentit, atau memotong kemaluan dalam (excision labia minora) atau kemaluan luar (infibulation labia majora) sebagaimana yang dilakukan oleh sesetengah tradisi arab Afrika. Amalan FGM itu agak keterlaluan sehingga menimbulkan fobia dalam kalangan anak gadis mereka. Kami juga melarang teknik berkenaan diamalkan dalam negara kita.
Mari kita perhatikan beberapa perbahasan dan ulasan yang meletakkan hujah amalan berkhitan ini masih diamalkan dikalangan umat Islam. Ianya merujuk kepada hadis khitan anak perempuan dinaskan dalam syariat. Rasulullah SAW bersabda kepada ‘Ummu ‘Athiyah radhiyallahu ‘anha:
إذا خفضت فأشمي ولا تنهكي فإنّه أسرى للوجه وأحضى للزوج
“Apabila engkau mengkhitan perempuan, sisakanlah sedikit dan jangan potong (bahagian kulit klitoris/kelentit) semuanya, karena itu lebih boleh membuat ceria wajah dan lebih disenangi oleh suami."[2]
Kitab Fiqh Islami menghuraikan bahawa khitan adalah sunat bagi lelaki dan perkara yang elok bagi perempuan menurut mazhab Hanafi dan Maliki. Manakala menurut Mazhab Syafei dan Hambali hukumnya wajib bagi lelaki dan perempuan.
Satu kajian hirisan lintang yang dijalankan oleh Dr Khatijah ke atas pengamal perubatan swasta seluruh Terengganu, mendapati 56.2% dari mereka menjalankan khidmat khitan bayi perempuan di klinik mereka. Dari jumlah tersebut pula, hanya 31.2% sahaja yang menganggap bahawa khitan perempuan ini sebagai wajib. Ianya agak kontrari dengan pegangan Mazhab Syafie di Malaysia. Berkaitan dengan kaedah khitan pula, kajian ringkas tersebut mendapati 55.6% (n=15) di kalangan mereka hanya melukakan/hirisan kecil ke atas kelentit (lukisan 1), 25.9% (n=7); ada di kalangan mereka melukakan puncak klitoris dengan jarum steril (lukisan 2) dan 18.5% (n=5) memotong sedikit klitoris sama ada menggunakan jarum atau pisau steril (lukisan 3). Tiada seorang pun dari responden menggunakan kaedah seperti yang dikategorikan oleh WHO. Mereka mungkin menggunakan kaedah IV menurut kategori WHO tetapi tidak berlebihan dan memudaratkan bayi. Majoriti (62.9%) responden belajar menggunakan teknik berkenaan dari rakan-rakan senior dan pakar sakit puan.
Perdebatan yang panjang isu khitan perempuan dalam kalangan pengamal perubatan, sehinggakan sesetengah negara mengharamkan terus khitan anak perempuan. Mereka merujuk khitan perempuan itu kepada klasifikasi yang ditetapkan oleh WHO kerana kebanyakan kes yang dibuat kajian oleh pengkaji WHO adalah jatuh dalam kategori I, II, III. Teknik berkenaan diamalkan di kebanyakan negara Afrika.[4] Penentangan mereka bukan sekadar vokal di media cetak dan maya tetapi menetapkan akta khusus atas nama hak asasi wanita.
Mufti Wilayah perseketuan pernah menulis dalam lawam rasmi beliau berkaitan isu ini. Kata beliau: "Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.
Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan/pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”[6]
Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.” [7]
.
Akhir sekali beliau membuat penegasan: "Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
rakyat afrika kalau dorang minta asylum kat europe guna alasan female genital mutilation ni mostly boleh menang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
thread boring bagi lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Lelaki je, pompuan x perlu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya dengar perempuan potomg boleh kuatkan nafsu dan sensitive
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh pernah dibincangkan dah isu khitan ni..tt minat sgt psl kemaluan pompuan walau tt mahluk dua alam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2018 10:25 AM | Show all posts
hahah...kecoh la sangat kononnya FGM di malaysia ni....ai tgk dari dulu sampai skang elok je semua pompuan bani melayu islam bernafsu kekar dari muda sampai ke tua nya pun bkan main. sampai terberanak bagai


Btw, pernah satu kali masa turun train dari Paris ke London di King's Cross Station, masa tu sama2 ladies 2-3 orang ada yg bertudung. Masa tu sebelum kuar imigration lagi duk jalan2 tu ada la sekumpulan orang ni duk bagi pamplet ingatkan apa rupanya org WHO tgh kempen pasal FGM nilah. Siap interview lagi tanya dari negara mana bagai, then tanya pasal FGM. Yg kawan2 ai pakai tudung nilah terutamanya kena interview...depa jawab la ya berkhatan, terus orang WHO tu jadi serius. Dia just warning katanya di Britain dan EU amalan FGM ni menyalahi undang2 la bagai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2018 12:06 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 20-1-2018 08:09 PM
mokcikKSKB replied at 20-1-2018 06:21 PM
Dh pernah dibincangkan dah isu khitan ni..tt minat sgt psl kemaluan pompuan walau tt mahluk dua alam ...

DuA alam tu bermaksud bisexual kan? Jadi kalau bisex memanglah minat kepada lelaki dan perempuan. Tetapi saya satu alam hanya minat kat lelaki! LELAKI!

Yang kecoh tu lobai lah tak pernah cukup sex..sebab itu kalau alim aja mesti fikir nak isteri 4 dan tengok anak mereka berapa ramai.

Btw saya lelaki lurus bukan AC/DC.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Labia majora tu nampak seksi....mostly lelaki suka.

Tapi ramai yg kena potong....sebab tu laki ramai x sayang kot.

Just my 2 cents
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Khitan di Africa dah tahap mencacatkan anggota. Boleh baca buku supermodel Imaan pasal pengalaman dia di khitan sampai besar nak kahwin dan beranak pun susah.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 04:53 PM | Show all posts
Mmg pun pprt sgt duk potong biji bayi pompuan., konon hiris skit jah...kepala bapak ko! Phuiii! Pompuan pun ada hak utk enjoy sex sama mcm lelaki. Padan muka tgk cikki2 msia skrg birah dia bukan main lagi, nak sekat sgttt kan...ujung2 kat semak sambil kepala masih berbungkos pun boleh mengangkang iya2 kat jantan! Sumpahan agaknya! Kohkohhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.061422 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list