Haram umat Islam sokong DAP
[size=1.125]
[backcolor=rgba(10, 10, 10, 0.498039)]
Dr. Zamihan Mat Zin[size=0.75]20 Januari 2018 10:42 PM
KUALA LUMPUR 20 Jan. - Haram bagi umat Islam untuk menyokong atau mengundi parti yang menolak hukum Islam dan mengamalkan prinsip anti-Islam.
Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja), Dr. Zamihan Mat Zin berkata, tindakan DAP yang menolak hukum-hakam Islam membuktikan bahawa parti itu mengamalkan idealisme yang bertentangan Islam.
“Mereka secara terbuka dan dengan jelas menolak Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) yang mungkin ada rangkuman hudud, qisas dan takzir iaitu mekanisme perundangan Islam. “Oleh itu bagi kita ini jelas mereka adalah gagasan yang anti-Islam dan haram bagi umat Islam untuk sokong mereka,” kata beliau dalam satu wawancara langsung di laman Facebook Watan Online hari ini. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/haram-umat-islam-sokong-dap-1.594101#ixzz54lXmPn00
© Utusan Melayu (M) Bhd
|