CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5471|Reply: 111

[Tempatan] Edisi Kesihan: Stadium bertaraf antarabangsa jika BN menang di Kelantan.

  [Copy link]
Post time 21-1-2018 06:21 AM | Show all posts |Read mode
Stadium bertaraf antarabangsa jika BN menang di Kelantan


[size=1.125]




[backcolor=rgba(10, 10, 10, 0.498039)]
Datuk Seri Mustapa Mohamed menyempurnakan gimik perasmian pecah tanah Pasar Selising yang baharu di Pasir Puteh, hari ini.-UTUSAN ONLINE/TOREK SULONG
[size=0.75]20 Januari 2018 10:09 PM





PASIR PUTEH 20 Jan. - Pembinaan sebuah stadium negeri bertaraf antarabangsa merupakan antara perkara yang terkandung dalam manifesto Barisan Nasional (BN) jika diberi mandat memerintah negeri ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, manifesto khusus untuk Kelantan tersebut bagaimanapun masih dirangka dan perincian mengenainya akan diumumkan selepas dimuktamadkan dalam masa terdekat.


"Kita akan kenal pasti tapak yang sesuai untuk membina stadium baharu tersebut, iaitu sama ada di Pasir Puteh atau Machang," katanya dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pasar Baharu Selising, di sini hari ini.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki; Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Ahmad Jazlan Yaakub; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising,Zulkefli Ali dan ADUN Semerak, Datuk Zawawi Othman.
Mengulas mengenai pasar baharu Selising, Mustapa berkata, projek yang diluluskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak itu bernilai RM5 juta dan bertujuan menggantikan pasar lama yang terbakar pada 18 Disember 2015.
Mustapa yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Kelantan berkata, pembinaan pasar itu akan membolehkan 70 peniaga terjejas mempunyai tapak berniaga baharu yang selesa, sekali gus membantu mengembangkan perniagaan masing-masing.
"Ini adalah hadiah kepada rakyat Selising yang memilih UMNO dan BN dalam PRU-13. Pasar baharu ini dijangka siap dibina dalam tempoh setahun,” katanya. - UTUSAN ONLINE



Tag Berkaitan







Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/politik/stadium-bertaraf-antarabangsa-jika-bn-menang-di-kelantan-1.594070#ixzz54lYIfNHF
© Utusan Melayu (M) Bhd

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Nampak BN serius nak tawan klantan .  
Syukur la ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 07:59 AM | Show all posts
kelantan mundur sbb pas pilih cmtu ke sbb royalti ke sbb umno?

akak pun pening dengan negeri kelantan. ore kelate cerdik bijak niaga tp kenapa jadi macam tu? wallahuallam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku lihat yg pasti dlm gmbr tu bakal mb.stadium yg nk dibina tu belum tentu pasti
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dess402 at 21-1-2018 09:29 AM
roy3 replied at 21-1-2018 08:03 AM
Aku lihat yg pasti dlm gmbr tu bakal mb.stadium yg nk dibina tu belum tentu pasti


Tapi aku percaya kalau ikut stail najib menganbek hati ..  esok luca juga dah stat projek .  Siap biliion2 lagik .
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-1-2018 07:59 AM
kelantan mundur sbb pas pilih cmtu ke sbb royalti ke sbb umno?

akak pun pening dengan negeri kel ...

La ..  kalau masih nak engharap umno ..  menghantar royslty ..  baik pangkah Bn kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2018 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang rakyat dapat dengan pembinaan stadium ni?.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by noor2 at 21-1-2018 10:09 AM

Kalau dia bgtau. ..If Kelantan BN menang :-

1. Air free
2. Harga barang turun
3. Pembaik pulih semua infrastruktur an memajukan semua kg2 ceruk.
4. Bagi peluang pekerjaan pada anakmuda yg tercicir agar jenayah rogol..rompak..dadah dikurangkan

Okay lah juga...terasa nak undi BN...

Ni semua nak masuk perut boroi menteri gila kuasa dan duit umngok ja...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 10:04 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-1-2018 10:00 AM
Kalau dia bgtau. ..If Kelantan BN menang :-

1. Air free

Yg lagi satu manifesto janji syurga, nak lawan mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 21-1-2018 10:04 AM
Yg lagi satu manifesto janji syurga, nak lawan mcm mana?

Hehe. .yang mana tu...I blur...umngok ke pas...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:11 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-1-2018 10:08 AM
Hehe. .yang mana tu...I blur...umngok ke pas...

Sis rase ayat "Kalau kamu undi parti kami yg berlandaskan isle, kamu memilih jalan kebenarannnnnnn" tu biasanya dari parti color ape?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:13 AM | Show all posts
pancing undi lah tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak drpd duduk bawah PASampah pengotor teroris lobai jumud tu. By the way, mana dato bidah punya stadium pink dan Hotel 6star tu? Dah kena kambus smpah ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:15 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-1-2018 07:59 AM
kelantan mundur sbb pas pilih cmtu ke sbb royalti ke sbb umno?

akak pun pening dengan negeri kel ...

Sbb PASampah dek. Sejak bercomolot dgan umngok pon  dah hilang bunyi royalti mereka. Sedap sgat dedak tu smpai terlupa royalti. Kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 21-1-2018 10:11 AM
Sis rase ayat "Kalau kamu undi parti kami yg berlandaskan isle, kamu memilih jalan kebenarannnnnnn ...

Owh. ..pas lah tu....kita nak yang realiti terjadi. ..tak perlulah ikut jalan ke syurga semua tu semua alam selepas mati. ..bukan manusia yang tentukan. ...point sekarang BN sungguh2 nak Kelantan semula. ...perlu kah stadium bagai semua sedangkan rata2 rakyat Kelantan perlukan pembangunan. ...

Kita sedia maklum pemerintahan pas tidak mampu untuk mengubah sepenuhnya pembangunan atas banyak faktor kekurangan spt dana dan sbgnya. ...melainkan pas memerintah pusat. ..sedangkan nak laksanakan hukum hudud pun terkial2 ...

I bukan penyokong pas tapi point i kemenangan sesebuah parti sepatutnya beriringan dengan perubahan yang bermanfaat kepada rakyat. ..bukan setakat menang atas nama menang tapi kepentingan rakyat tetap tak berubah. ...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 21-1-2018 10:18 AM
Owh. ..pas lah tu....kita nak yang realiti terjadi. ..tak perlulah ikut jalan ke syurga semua tu s ...

Last GE, ada sorang cakap mcm ni sambil teresak2,  maybe pandangan dia sorang (lebih kurang):

"Kami bukan xmahu perubahan, kami  bukan bodoh dan xpeduli masa depan kami dan anak kami. Kami undi siapa yg turun padang, yg dengar rintihan kami. Tapi menjelang PRU, mereka datang, berduyun2, jalanraya sesak berkilo-kilo meter. Mereka yg xduduk disini, yg xrasa keperitan kami disini. Yg dengar manifesto2 hanya dari media, internet dari kawasan yg lebih baik dari tempat kami. Mereka ini yg undi parti bukan pilihan kami. Mereka yg rosakkan masa depan kami."

Adakah makcik ini akan terus menangis di kaca televisyen lepas GE kali ni? Atau adakah makcik ini hilang dalam kesyahduan malam? Mari kita lihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2018 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop replied at 21-1-2018 10:38 AM
Last GE, ada sorang cakap mcm ni sambil teresak2,  maybe pandangan dia sorang (lebih kurang):

" ...

Sedihkan.....kata2 manis muncul bila nak GE saja. ...turun padang bila terdesak. ...hanya menanam.tebu di tepi bibir. ...rakyat jadi permainan golongan atasan yang gila kuasa dan pangkat. ...sigh.....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb sokong pas dpt masuk syurga kot.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
So kalu dpt stadium bertaraf internasionaley, adakah ummaj kelate bleh kenyang?  Bleh tido lena?  Bleh dpt air bersih?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2018 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Buatla benda yang boleh datangkan faedah untuk orang ramai. Cukup-cukupla ambik hati rakyat dengan benda hiburan, sukan semua tu. Itu bukan keutamaan di Kelantan atau Malaysia sekarang ni

Aku rasa lg elok sediakan taman awam untuk kegunaan orang awam beriadah dan santai. Kalau buat stadium ni biasanya untuk acara tertentu je dan bukan boleh dimanfaatkan rakyat awam pun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:01 PM GMT+8 , Processed in 0.087225 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list