CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4463|Reply: 0

TOP 12 LAGU KUMPULAN SEARCH PALING POPULAR DI MALAYSIA

[Copy link]
Post time 21-1-2018 01:18 PM | Show all posts |Read mode
GALAKSI VIRAL - Irama Rock sudah lama bertapak di negara Malaysia. Boleh dikatakan kumpulan Sweet Charity adalah perintis kepada permulaan irama Rock di Malaysia sejak hujung era 70 an lagi. Bermula pada pertengahan era 80 an, irama Rock mula menjadi salah satu irama paling popular di Malaysia ketika itu. Ianya disebabkan fenomena yang dicetuskan oleh kumpulan Rock yang baru muncul pada era itu iaitu kumpulan Search. Ramai kagum dengan muzik, lagu, vokal dan persembahan kumpulan Search yang mmg rock habis dan mantap sekali apabila mereka membuat persembahan di pentas. Album pertama kumpulan Search berjudul Cinta Buatan Malaysia telah diterbitkan pada tahun Julai 1985 dan album terbaru mereka pula berjudul Katharsis telah diterbitkan pada 22 November 2017. Setelah hampir lebih 33 tahun di dalam industri muzik tanahair ini, kumpulan Search selayaknya dinobatkan sebagai Kumpulan Rock No.1 Malaysia di atas kejayaan mereka yang merentasi muzik rock di dalam dan juga luar negara Malaysia. Kumpulan Search juga merupakan salah satu Artis Paling Berjaya Di Dalam Industri Muzik Malaysia Sepanjang Zaman. Oleh itu, mari kita lihat lagu-lagu kumpulan Search manakah paling popular sepanjang zaman di Malaysia.




TOP 12

LAGU

KUMPULAN SEARCH

PALING POPULAR DI MALAYSIA

01. KEJORA

Komposer : M.Nasir

Penulis Lirik : S.Amin Shahab

Album : Cinta Buatan Malaysia

Tahun : Julai 1985

Catatan :

Lagu ini boleh dikatakan salah satu lagu awal daripada kumpulan Search yang berjaya mencetuskan fenomena tersendiri di peringkat awal kerjaya mereka.


02. MENITI TITIAN USANG

Komposer : A.Rahim / M.Nasir

Penulis Lirik : M.Nasir

Album : Langit Dan Bumi

Tahun : Jun 1986

Catatan :

Lagu ini memang antara karya terbaik kumpulan Search kerana liriknya yang mempunyai maksud yang sangat mendalam dan ada unsur ketuhanan. Susunan muzik yang sangat bagus dan melodi lagu ini juga hebat.

03. ROZANA

Komposer : Search

Penulis Lirik : Search

Album : Langit Dan Bumi

Tahun : Jun 1986

Catatan :
Lagu Rozana sememangnya amat popular pada tahun 1986/87 dan pernah menjadi lagu tema filem Rozana Cinta 87 di mana pelakon utamanya ialah Bibiyana Layola dan Erma Fatima.


04. FANTASIA BULAN MADU

Komposer : M.Nasir

Penulis Lirik : M.Nasir

Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur

Tahun : Februari 1987

Catatan :
Lagu ini antara lagu kumpulan Search paling banyak dibawakan di dalam pertandingan nyanyian bukan sahaja di Malaysia malah juga di Indonesia. Lagu ini juga merupakan salah satu signature song kumpulan Search. Ianya juga turut popular di Hong Kong apabila ada penyanyi lelaki di sana bernama Danny Summer merakamkan semula lagu ini di dalam  dalam Bahasa Kantonis dan Bahasa Mandarin pula dirakamkan oleh Raja Pop Hong Kong Jackie Cheung.

05. MENTARI MERAH DI UFUK TIMUR

Komposer : Search

Penulis Lirik : Search

Album : Mentari Merah Di Ufuk Timur

Tahun : Februari 1987

Catatan :
Lagu ini juga adalah salah satu karya terbaik kumpulan Search. Melodi muzik dan lirik lagu yang sangat mendalam mengenai Hari Kiamat ini juga  pernah dinyanyikan semula dengan kumpulan Rabbani.



Kalau Nak Baca Dengan Lebih Lanjut, boleh la klik link sumber rujukan artikel ini di sini >> TOP 12 LAGU KUMPULAN SEARCH PALING POPULAR DI MALAYSIA



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.063344 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list