View: 5717|Reply: 53
|
[Tempatan]
Tetamu berebut nak bergambar pelamin tema Doramon dan Hello Kitty
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Majlis perkahwinan sepasang pengantin di Meru, Klang minggu lalu menjadi perhatian tetamu bermula dari pintu masuk sehingga ke pelamin.
Kebiasaannya tetamu tidak sabar menunggu pasangan raja sehari yang diraikan untuk bergambar bersama sebagai kenangan, tetapi berbeza pula kali ini.
Ramai tetamu menyerbu pelamin. Foto Seriheza
Begitu jelas apabila sebaik sahaja pengantin turun dari pelamin untuk menemui tetamu yang hadir meraikan mereka, ada yang merebut untuk naik ke pelamin.
“Kami turun saja dari pelamin, dah ramai yang nak naik. Rupa-rupanya ramai dah tak sabar tunggu pengantin turun. Ingatkan nak ambil gambar dengan pengantin.
“Ni penangan pelamin Doraemon dan Hello Kitty. Tapi kami okay saja, memang itu tujuan majlis perkahwinan dibuat untuk pastikan semua orang gembira,” kata pengantin lelaki, Saiful Nizam Hassan, 35 kepada mStar Online pada Ahad.
Saiful dan Sakeena disatukan pada majlis yang menghimpunkan minat mereka terhadap Doraemon dan Hello Kitty. Foto Seriheza
Tular gambar-gambar majlis perkahwinan Saiful bersama pasangannya, Nur Sakeena Kamarolzaman, 24, yang berinspirasikan kartun Doraemon dan Hello Kitty, hasil kreativiti perancang perkahwinan dan fotografi Seriheza.
Kartun Doraemon dan Hello Kitty menghiasi majlis pasangan mempelai itu untuk acara pernikahan dan persandingan, masing-masing pada Sabtu dan Ahad lalu.
Selain pelamin, ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar ‘photo booth’, dua watak kartun popular dari Jepun itu turut menghiasi barangan hantaran kedua-dua pengantin.
Malah kad jemputan, dua basikal dan dua motosikal, cenderamata buat tetamu termasuk gelang emas untuk acara batal air sembahyang turut berinspirasikan kartun itu.
Saiful yang merupakan pembantu stor berkata, dia mula mengenali Nur Sakeena sejak 2011, bagaimanapun mereka mula menjalin hubungan secara serius kira-kira tiga tahun lalu.
Pada awal perkenalan, kedua-dua mereka tidak mengetahui masing-masing mempunyai minat yang sama iaitu mengumpul koleksi berinspirasikan kartun.
Ruang menyambut tetamu dan ruang bergambar. Foto Saiful Nizam Hassan
“Bila dah lama kenal, baru saya tahu Sakeena minat Hello Kitty dan dia tahu saya minat Doraemon. Minat kartun ni merapatkan lagi hubungan kami.
“Jadi, dua minat ini disatukan sebagai idea untuk majlis meraikan kami sebagai suami isteri dengan kerjasama perancang perkahwinan,” katanya.
Dalam pada itu, Saiful memberitahu bahawa pada awalnya mereka turut merancang untuk memakai baju pengantin berinspirasikan Doraemon dan Hello Kitty.
Namun rancangan itu terpaksa dilupakan berikutan sukar untuk menemui kain bercorak Doraemon yang sesuai untuk dibuat baju pengantin lelaki.
“Kami juga patut hiaskan koleksi peribadi seperti patung mainan Doramon dan Hello Kitty di majlis perkahwinan tetapi berisiko ia akan hilang.
“Jadi, kami serahkan kepada perancang perkahwinan untuk menghiasinya. Alhamdulillah, hasilnya cantik dan menarik perhatian tetamu,” kata Saiful yang sehingga masih menyimpan hadiah permainan Doraemon pemberian arwah ibu lebih 20 tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
dik doraemon tu jantan ke betina? akak confuse sama juga confuse akak terhadap jantina abg sajat doremon datang period x? kalau adik doremon mmg confirm perempuan xsilap kaka. |
|
|
|
|
|
|
|
Oooii!! Ada juga yg minat sampai mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aku baru tergelak.kat ig ada katun doremon jadi anjing mughallazah bagi gadget nama gattai kat.nobita yang nak jadi burung..hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
kalau buat tahun 80an ni mesti org kg pakat kecam... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan doramon dik... doraemon.. doramon tu sejenis digimon... |
|
|
|
|
|
|
|
Mujur pelamin je bertema. If pengantin pun berkostume , haru
Cute pelamin tuh. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak panggil Jakim check kew
|
|
|
|
|
|
|
|
doremon itu takde konek atau lubang termasukla si ted patung beruang
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni pelamin ala teddy bear
|
|
|
|
|
|
|
|
Biar bener..pelamin tema doraemon + hello kitty |
|
|
|
|
|
|
|
mencari kelainan sheingga berjumpa kepelikan .... |
|
|
|
|
|
|
|
first time tgk doremon pakai kot..comell lah pulak |
|
|
|
|
|
|
|
bg masa sebulan check abg sajat dulu, dah settle baru fokus doremon
|
|
|
|
|
|
|
|
Cute jugak sbnrya..jgn hipster sgt sampai bekas tin susu pekat f&n yg da bkarat ko gantung2 dah la, ke inspired dr zoolander 2 buat pelamin dekat tmpt pninggalan longkang2 pembentung, inspired zoo ke...jgn dek non.
Kenduri plg hipster penah sy pegi pelamin ade motor vespa, basikal tua dan kayu2 plywood. Tp xde la pelik sgt sbb bunga pelamin byk, so nice la. |
|
|
|
|
|
|
|
Cute! Lain dari yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 21-1-2018 06:42 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Aku pun nk check status Sajat |
|
|
|
|
|
|
|
Oklah tu dah mmg minat kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|