View: 3885|Reply: 7
|
Elakkan 7 Perkara Ini Jika Anda Nak Mudah Lepas Pemeriksaan Di Airport
[Copy link]
|
|
Kalau bercuti atau travel ke negara orang, perkara pertama yang perlu kita lalu ialah pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang.
Setiap traveller mahu untuk berjaya melepasi pemeriksaan keselamatan tanpa sebarang masalah. Untuk berjaya pemeriksaan keselamatan di setiap checkpoint, kita harus bersedia dari awal.
Jom ikuti perkara yang anda patut elakkan ketika pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang supaya mudah untuk anda lepas yang dikongsikan di laman tmplbackpackers.my.
1. Jangan bawa cecair melebihi 100ml
Ramai yang tahu, untuk menaiki kapal terbang, kita dilarang sama sekali memebawa barang berbentuk cecair di dalam kapal terbang. Walau bagaimanapun, masih ramai yang terlupa tentang peraturan ini. Jadi ingat, jangan bawa cecair seperti perfume, gel rambut, sabun dan sebagainya ke dalam kapal terbang. Kalau tertangkap ia akan menyusahkan anda dan juga melambatkan keadaan.
2. Jangan simpan cecair dan gel di tempat yang susah dicapai dalam beg handcarry
Tentu menambahkan tekanan buat anda yang tersangkut di kaunter pemeriksaan dek kerana terbawa cecair yang melebihi 100ml dan ditambah menyusahkan pula bila cecair yang anda bawa di dalam beg tangan anda berada jauh di dalam beg. Tentu anda perlu menggali beg anda untuk mencarinya. Jadi, pastikan anda meletakkan barang-barang seperti ini ditempat yang mudah untuk dicapai.
3. Jangan tunggu untuk menanggalkan barang-barang yang perlu ditanggalkan.
Untuk mempercepatkan proses pemeriksaan, apa kata terus bersedia untuk menanggalkan barang-barang seperti tali pinggang, dompet, jam tangan dan apa sahaja barang yang ada di dalam poket anda.
Setelah selesai membuat pemeriksaan, pakai semula semua barang tadi ditempat yang jauh dari kaunter pemeriksaan. Baru la tidak mengganggu perjalanan orang lain di kaunter pemeriksaan.
4. Jangan keluarkan barang yang tidak perlu
Salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh ramai traveller ialah mengeluarkan semua peranti elektronik untuk diperiksa secara berasingan. Tidak perlu pun sebenarnya. Hanya peranti elektronik yang mempunyai saiz seperti standard laptop atau lebih seperti playstation atau X-box atau video camera yang menggunakan casing perlu dikeluarkan untuk diperiksa secara berasingan.
5. Elakkan barisan yang mempunyai keluarga atau kanak
Sebelum masuk beratur di barisan tu, perhatikan dahulu kalau-kalau ada keluarga atau kanak-kanak di dalam barisan tersebut. Kalau ada, elakkan barisan tersebut. Travel solo atau berdua dengan travel dengan keluarga dan kanak-kanak ni berbeza. Kalau kita dengan keluarga pun kan mesti macam relaks-relaks juga kan?
6. Jangan menyusahkan pegawai yang memeriksa anda
Ingat jangan menyusahkan atau bertekak dengan pegawai keselamatan di kaunter pemeriksaan. Ditakuti anda tidak akan diberi pelepasan semasa pemeriksaan. Tambah parah lagi jika pihak berkuasa seperti polis sudah campur tangan. Apa kata, ikutlah undang-undang penerbangan yang telah ditetapkan.
7. Jangan bergurau atau buat lawak tentang keselamatan negara atau bom
Ini lagi satu kesalahan yang berat juga. Mungkin kita ingat ianya hanya gurauan, tetapi kita tidak tahu penerimaan orang lain tentang gurauan kita. Untuk pengatahuan semua, pegawai-pegawai yang berada di kaunter pemeriksaan bersikap begitu berhati-hati dan begitu mengambil serious dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan negara dan awam. Jadi, jaga mulut anda!
Jom ikuti tips ini semua. Harap tak la termiss flight jika anda ada melakukan perkara-perkara di atas tadi. - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
good tips!tak terfikir part beratur ade family tu |
|
|
|
|
|
|
|
ROTI BOM....camner?#sapabaginamarotini??? |
|
|
|
|
|
|
|
dlu kat airport madinah,
dorang lepas jer sapa2 bawak botol air yang besar2 tuh bawak dlm flight....
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau blh jgn pakai belt n highcut boots n jgn bawa cabin luggage or hand carry langsung..now saya bawa small bag je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau pakai belt elok bukak sesiap dan simpan dalam bag sebelum pemeriksaan. Elak pakai kasut yang ada hiasan logam. Sesetengah negara kasut pun kena bukak so jangan pakai stokin berlobang malu tengok dek orang. Kalau di China elak bawak power bank imitation bawak yang berjenama atau jenama yang dikenali ramai seluruh dunia untuk elak kena rampas. Bab elak beratur di barisan ada family dengan anak kecil tu pun ada betulnya. Juga di sesetengah negara2 tertentu elak berbaris dalam barisan yang ada ramai geng acik kiah bertudung sebab kadang2 peperiksaan keselamatan lama sikit pada mereka. |
|
|
|
|
|
|
|
ahahaha no. 7 tu memang cari pasal...anyway good tips |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg bertudung jangan pakai serkup atau snowcap aje nanti kena suruh bukak.. kalau pakai tudung / shawl tak kena bukak |
|
|
|
|
|
|
| |
|