CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1307|Reply: 9

Ibu Mangsa Kerusi PPR Sedih Anak Tiada Ketika Thaipusam..

[Copy link]
Post time 23-1-2018 10:40 AM | Show all posts |Read mode
Bukan mudah untuk menerima kehilangan insan tersayang terutama apabila perayaan yang ingin disambut bersama bakal tiba.


Memetik Bernama, keluarga S. Sathiswaran,15, remaja lelaki yang meninggal dunia selepas sebuah kerusi pejabat yang dibuang dari tingkat atas mengenai kepalanya di sini pada minggu lepas, terkilan kerana hasrat pelajar itu untuk menyambut perayaan Thaipusam kali ini tidak kesampaian.


Ibunya MS Kasthuribai, 45, berkata anak bongsunya itu tidak sabar menunggu hari perayaan berkenaan yang dirancang akan disambut mereka di Batu Caves, di sini pada minggu depan.

“Saya tidak tahu apa hajat dia, kerana Sathiswaran ada menyuruh saya membeli susu untuk sembahyang. Dia orang yang akan paling gembira pada setiap perayaan yang disambut.

Kami tidak akan menyambut perayaan ini selama setahun dan tentunya setiap perayaan tidak sama tanpanya,” katanya kepada Bernama.


Pada 15 Januari lepas, Sathiswaran maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian yang berlaku kira-kira 8.10 malam, di Blok 102 Projek Perumahan Rakyat (PPR) Seri Pantai, Pantai Dalam di sini.


Kasthuribai yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran berkata beliau amat rindukan Sathiswaran dan bermimpi anaknya yang mesra dipanggil “baby” itu menemuinya dalam keadaan menangis.


Foto Bernama


“Dia anak yang terlalu baik, selalu akan sediakan makanan dan pakaian sebelum saya pergi kerja.

“Semua kerja rumah, basuh dan lipat kain memang dia akan buat...Sathiswaran juga kesayangan semua ahli keluarga kami,” katanya. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2018 10:55 AM | Show all posts
tak guna punya pembaling kerusi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah jumpa belum tukang baling kerusi tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Jumpa ummah firdausi teroris penala 72 ekor bidadari dengan pembaling kerusi, katok kedua-duanya secara serentak yach dek.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:03 AM | Show all posts
kesiannya..tgk muka bdk tu pun cam budak baik je..bertabahla aci
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:05 AM | Show all posts
depa sekeluarga ni dapat pampasan tak ekk...tp duit pun bukan boleh beli nyawa anak balik kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2018 11:14 AM | Show all posts
yang campak kusi tu tak dapat kesan lagi eh.... aman aman jah makan minum tido pegi keje borak borak tanpa rasa bersalah....
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 11:31 AM | Show all posts
semoga yang campak kerusi tu mampus ditimpa lori..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2018 06:41 PM | Show all posts
meh doakan semoga pembaling kerusi dihempap lori yach
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak boleh cari cap jari kat kerusi tu ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.350438 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list