CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3283|Reply: 10

Ini Memang Rare! Daun Mulberi Celup Tepung, Penuh Dengan Khasiat

[Copy link]
Post time 23-1-2018 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Anda pasti pernah dengar nama buah mulberi. Bagi yang gemar bercucuk tanam, kami yakin buah mulberi pasti ada dalam taman anda!


Ramai yang suka tanam pokok mulberi kerana khasiatnya yang pelbagai. Selain buahnya yang sedap, tak ramai tahu yang daun mulberi juga boleh dimakan dan juga mempunyai khasiat yang pelbagai!






Jom cuba resepi ini!


Bahan-bahan:
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kari untuk sedikit rasa pedas.
Secubit serbuk lada putih & garam
Air suam


Cara-cara:
Campur kesemua bahan dengan air suam. Bancuhan hendaklah tidak pekat dan tidak cair.


Setelah kesemua bancuhan sebati, celup daun dan goreng sehingga garing. Gunakan api sederhana. Angkat, toskan dan sedia untuk dimakan.

Foto: FB



Antara khasiat Daun Mulberi:
1. Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
2. Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
3. Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
4. Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
5. Membantu dalam kehilangan berat badan
6. Mengurangkan keadaan asma yang teruk
7. Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
8. Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
9. Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
10. Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
11. Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
12. Menambahkan tenaga
13. Meningkatkan produksi susu badan
14. Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
15. Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
16. Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)



Foto: FB



Jangan lupa cuba resepi ini ya! Rugi kalau tak cuba kerana banyak betul khasiatnya! -CARI

Kredit resipi: Sumaiyah Abdullah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2018 04:38 PM | Show all posts
iya.. tp ku baca kalu makan dekat nk bersalin .. cepatkan kontraksi
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap...
Dbuat ulam&buat msk lemak cili api
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2018 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
owh.. lepas nie boleh sruh ayah iolss kutip daunnya plak.. slalo mkn buahnya jer..
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh try nie...
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana nak cari daun ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2018 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
moonbug: Mana nak cari daun ni


Rumah jiran/tepi jalan. Orang Cina keringkan daun mulberri untuk buat teh.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2018 03:00 PM | Show all posts
x berlendir ke dekkk?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2018 10:58 AM | Show all posts
haa petang kang makcik gi petik daun ni, goreng celup tepung bestari. ahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2018 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
DeeHanania replied at 23-1-2018 08:53 AM
Sedap...
Dbuat ulam&buat msk lemak cili api

Tak pahit ke?? Kat kampung ade mak tanam pokok ni..kalau sedap meols nak balik ambik la nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2018 05:42 PM | Show all posts
goreng kan? macam defeat the purpose

rebus jela minum airnya ke telan dengan nasi ke.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066962 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list