View: 2076|Reply: 6
|
But Baru UGG Buat Netizen Angkat Kening! Buruk Sangat Ke?
[Copy link]
|
|
Setiap syarikat pengeluar kasut pasti mahu mencipta sepasang kasut yang dapat memberikan keselesaan kepada pemakainya selain memiliki rupa bentuk menarik.
Bagaimanapun, syarikat pengeluar kasut jenama UGG melakukan sesuatu yang jarang dilakukan mana-mana syarikat lain iaitu menggabungkan fesyen dengan keselesaan.
UGG sangat berani!
Tengok sajalah but terbaru UGG ini! Jika dijual pada harga mampu milik, adakah anda sanggup memakainya?
Produk baru UGG ini adalah hasil kerja sama dengan Y/Project dan dipamerkan di sebuah pertunjukan fesyen di Paris.
Pengarah Kreatif Glenn Martens berkata, but ini sangat selesa.
"Rasanya macam memasukkan kaki ke dalam mentega, selesa sangat!" katanya kepada Vogue seperti dipetik Mirror.
But ini boleh didapati dalam beberapa warna, tetapi harganya masih belum didedahkan.
Tak sabar nak dapatkan but ini?
Difahamkan, but ini akan mula berada di pasaran pada musim luruh akan datang.
Apa penerimaan orang ramai?
Cita rasa setiap orang berbeza. Ada yang tak suka dan merasakan but ini hodoh.
Dalam masa sama, masih ada orang lain merasakan but ini unik dan menarik!
Foto: Mirror/Twitter
Anda pula bagaimana? Nak but macam ni tak? - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu cuaca betol2 sejuk sedap lah pakai kot. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo gabung ngan GIVI model baru lalu jalan kuching memang syok... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau cuaca dah bawah -10 memang sedap ler pakai benda ni. Mungkin bukan sebab nampak hodoh tapi buat kaki nampak besar sebab tu banyak koment negetif. Kalau atas pada suhu tu pakai yg sampai betis pun dah cukup dah. Apa pun UGG time winter tetap jadi pilihan hanya kat Malaysia je susah nak jumpa jual di kedai. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun diakui nmpk buruk tp meols rasa ianya agak comfy |
|
|
|
|
|
|
| |
|