Nak makan lemang yang lembut, empuk berlemak dan tak keras berkerak? Mana lagi kalau bukan di Lemang To'Ki.
Terletak di tepi Sungai Bentong, gerai ini menjadi tumpuan pengunjung terutama pada hujung minggu. Bagi kebanyakan mat-mat motor berkuasa tinggi, inilah tempat 'wajib' disinggah. Nak tahu anda berada tempat yang betul, tengok sahaja deretan motosikal berkuasa tinggi.
Papan tanda Lemang To'Ki memang nampak dari jauh lagi
Bukan hanya lemang, pelbagai juadah tengah hari turut disediakan di sini. Memang happening. Tak perlu risau tak cukup tempat duduk sebab banyak meja dan kerusi di bawah bangsal, di kawasan berpagar pokok-pokok renek atau di tepi beranda dengan pemandangan sungai, pokok dan rumput menghijau.
Makan dalam suasana dan persekitaran cantik menarik, fuh memang layan!
Antara lauk-pauk yang disediakan untuk juadah tengah hari
Dibuka seawal jam 7 pagi, bolehlah nak bersarapan beraneka juadah. Lemang dan rendang sememangnya menjadi kegemaran ramai. Pelbagai lauk-pauk disajikan pada waktu makan tengah hari. Ayam, ikan dibakar bersebelahan dengan lemang. Orang beratur tu biasalah terutama waktu kemuncak. Jangan lupa pesan cendol, ABC dan minuman serta jus buah-buahan.
Lemang yang cukup lemak santan dan harum buluh ditambah kesedapan rendang
Ayam bakar yang jadi favourite, tengoklah ... membukit.
Foto: FB To'Ki
Malam pula boleh pesan makanan panas seperti mi atau nasi goreng dengan lemang dan rendang. Kalau nak meriah lagi, tambahlah sate. Makanlah sampai restoran nak tutup, kira-kira jam 12 tengah malam.
Bawa ayah, mak, atuk dan nenek makan di sini. Sedap-sedap lauknya
Tempat parkir banyak sebab boleh diparkir hingga atas jambatan. Jika ada pengunjung yang tak suka bising, kena tahan telinga sebab muzik dipasang agak kuat. Jadi, kena cari tempat yang jauh sikit dari speaker.
Restoran diperbuat dari kayu di tepian sungai, cantiklah!
Kalau anda mahu singgah membeli lemang dan rendang untuk dibawa pulang, sediakan fizikal dan mental kerana kena beratur panjang. Tapi, berbaloilah kan?
Alamat: 1978, Batu 2, Jalan Tras, 28700 Bentong, Pahang.
Tak payah tunggu Raya baru nak makan lemang. Rendang "Lemang To'Ki" memang sedap malah sudah terkenal seantero Malaya. Jom pergi! - CARI |